Selasa, 26 November 2019

USIA PERLUKAN ANJAKAN PARADIGMA: JAMAWI

Jamawi (kanan) bersama Naib Naib Yang Dipertua USIA semasa perhimpunan tersebut

KOTA KINABALU: Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) perlukan anjakan paradigma dari sudut pentadbiran, kegiatan dan ekonomi

Ketua Belia (USIA) Jamawi Jaafar berkata,anjakan paradigma  begitu penting bagi USIA mendepani cabaran masa kini dan masa depan terutamanya dalam gerakan dakwah agar terus relevan disamping mengembalikan kecermalangan Umat  Islam .

" Proses merealisasikan impian kejayaan Islam adalah bermula dari diri kita sendiri, ahli keluarga, masyarakat seterusnya negara.Kita perlu beralih dari perspektif konvensional kepada yang lebih baik lagi, beralih daripada mementingkan format dan simbol kepada hakikat dan kandungan" katanya ketika mengulang perbahasan di Perhimpunan  Agung USIA  kali ke 33 di Menara USIA 1B baru baru ini.

Perhimpunan tersebut dirasmikan oleh Yang Dipertua USIA Datuk Haji Sairin Karno 

Jamawi (tiga dari kanan) sempat berbincang bersama rakan rakan kepimpinan Belia USIA selepas perhimpunan tersebut

Menurut Jamawi yang juga Wakil rakyat kawasan Kemabong peranan  USIA masih relevan, bagaimanapun ianya  memerlukan pemerkesaan dalam keadaan umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran  hari ini.

Katanya masih ramai anak-anak tidak tahu membaca al-Quran , solat tidak dijalankan penuh dan sempurna, keruntuhan akhlak ditambah lagi dengan pelbagai cabaran hedonisme, pornografi, liberalisme, Syiah dan pelbagai lagi kerana itu kegiatan dakwah kita perlu diperkasakan ,” katanya

Jamawi sempat berbincang dengan Bendahari Agung USIA Datuk Haji Abd Razak Tun Sakaran sebelum persidangan bermula 

Dalam pada itu Jamawi berkata dalam mengatur serta melaksanakan kegiatan dakwah sumber ekonomi  begitu amat penting bagi membolehkan perancangan dan perlaksanaan kegiatan dakwah dan pentadbiran USIA sentiasa teratur  tanpa bergantung sepenuhnya kepada bantuan dari kerajaan

Sehubungan dengan itu beliau menyokong usaha USIA untuk mencari dana sendiri dengan memajukan  aset aset USIA yang ada dan boleh menjana ekonomi  bukan sahaja untuk kepentingan USIA juga kepada ahli ahlinya.

" Bagaimanapun ianya perlu dilakukan dengan perancangan dan perlaksanaan yang teliti dan diurus takbir oleh mereka yang berkepakaran agar  kegagalan masa lampau tidak akan berulang " katanya.

Tambah Jamawi sebelum ini beliau turut mencadangkan agar setiap bahagian Usia di negeri ini menubuhkan koeprasi masing masing bagi menceburi bidang bidang perniagaan yang berpotensi dimajukan khususnya untuk menjana ekonomi ahli ahli USIA  di peringkat akar umbi .

" Kerajaan hari ini menyediakan pelbagai kemudahan bantuan, pinjaman ,khidmat nasihat termasuk kursus kursus kemahiran tertentu yang perlu dimanfaatkan oleh ahli-ahli USIA  " katanya .

Ketika mengulas isu penglibatan belia dalam pertubuhan tersebut , Jamawi berkata Belia USIA  mengalu-alukan penyertaan golongan ini bersama Belia USIA  dalam kegiatan dakwah .

Malah katanya jika diusulkan keanggotaan golongan ini dalam badan belia USIA  bagi mereka yang berumur 30 ke bawah belia USIA  tidak berhalangan menerimanya.

" Kita mahu lebih ramai anak muda bersama kita dalam gerakan dakwah di negeri ini dimana mereka juga adalah pemimpin pelapis untuk meneruskan perjuangan USIA pada masa akan datang justeru bahagian juga perlu memberi ruang kepada mereka menjadi perwakilan tahunan bagi memberikan pendedahan awal kepada golongan belia " tambah Jamawi 























“Libatkan juga wakil-wakil NGO Islam yang aktif di lapangan serta memahami tahap sebenar kefahaman Islam dalam masyarakat,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan