![]() |
| Jamawi diiringi oleh Guru Besar Sk Gumisi melihat pemeran sempana majlis tersebut |
KEMABONG : Berhadapan dengan segala kekurangan terutamanya dari segi kemudahan pendidikan dan prasarana, tidak seharusnya menjadi halangan bagi pelajar di kawasan luar bandar mencapai kecermalangan dalam bidang pendidikan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata , dedikasi guru, komitmen pelajar serta sokongan ibu bapa secara berterusan turut membantu pelajar luar bandar mampu bersaing untuk mencapai keputusan terbaik dalam bidang akademik.
“ Ini telah terbukti kebanyakan pelajar luar bandar telah mencapai kejayaan cemerlang baik dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum , yang penting setiap warga pendidik mesti mempunyai komitmen dan bersedia untuk menempuhi segala kekurangan sementara pelajar ada kesungguhan selain sokongan ibubapa secara berterusan ” katanya ketika berucap merasmikan majlis Anugreah Kecermalangan Pelajar Sk Gumisi, Kemabong dekat sini kelmarin.
![]() |
| Jamawi menerima cendera kenangan dari Guru Besar Sk Gumisi selepas merasmikan majlis tersebut |
Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan kemudahan pendidikan yang disediakan di sekolah menjadi penggerak dan keperluan bagaimana pun ianya tidak berkesan untuk melahirkan pelajar cemerlang tanpa adanya semangat kegigihan pelajar itu sendiri.
"Bimbingan kekeluargaan yang baik penting untuk memastikan anak-anak mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum, selain nilai moral dan disiplin yang tinggi,” katanya.
![]() |
| Jamawi bersalaman dengan ibubapa pelajar sejurus tiba ke majlis tersebut |
Menurut Jamawi lagi kerajaan komited untuk meningkatkan lagi infrastruktur sekolah khususnya di luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak.
" Ini terbukti dengan jumlah peruntukan yang yang terbesar dalam belanjawan 2020 yang membabitkan RM 64.1 bilion berbanding RM60.2 bilion tahun ini" katanya .
Jamawi menjelaskan dari jumlah itu sebanyak RM735 juta diperuntukkan untuk tujuan penyelenggaraan dan menaik taraf sekolah diseluruh negara bagi mempastikan sekolah sedia ada dapat menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif kepada pelajar.
" Kerajaan juga memberi tumpuan kepada usaha membaik pulih sekolah daif dengan peruntukan RM783 juta pada tahun depan terutamanya di Sabah dan Sarawak " tambah Jamawi .
Dalam perkembangan lain Jamawi juga turut memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan cadangan membina sebuah sekolah menengah baharu SMK Kuala Tomani dalam Rancangan Malaysia Ke 12 (RMK12)
" Soal tapak pihak ,Lembaga Industri Getah (LIGS) bersetuju menyerahkan seluas 30 ekar bagi tujuan ini dan dengan terbinanya kelak sekolah ini akan dapat mengatasi masalah kesesakan di SMK Kemabong yang kini terpaksa menjalankan dua sesi pembelajaran" katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan