![]() |
| Arifin bersama umat Islam setempat berarak pada majlis sambutan tersebut. |
MEMBAKUT: Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Membakut Datuk Haji Mohd Arifin berkata tema sambutan Maulidur Rasul tahun ini" Negara Rahmah Ummah Sejahtera' mengajak umat Islam berpegang teguh mengikut ajaran Sunnah Wal Jamaah dalam melihara semangat perpaduan.
Dalam hubungan ini katanya Umat Islam perlu menjadikan keperibadian unggul Baginda Nabi Muhammad SAW sebagai model terbaik membentuk ukhwah dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.
"Rasullullah SAW diutuskan ke dunia ini sebagai pembawa rahmat yang memberi petunjuk kepada manusia sekalian alam untuk saling mengasihi saudara yang lain meskipun berlainan agama dan ideologi" katanya ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat Kampung Binsuluk dekat sini .
![]() |
| Arifin merakamkan gambar kenangan bersama penduduk yang hadir ke majlis tersebut |
Menurut Arifin yang juga Ketua Penaja Bersatu bahagian Kimanis Umat Islam perlu mengambil contoh terbaik Rasullullah dalam mencorak peradaban hidup bermasyarakat dan menghidupkan semangat perpaduan dalam era yang penuh mencabar ini, dimana umat Islam perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan menghormati perbezaan yang ada.
"Umat islam hendaklah mencerna akhlak dan budi pekerti yang diajarkan nabi Muhammad SAW dalam memelihara perpaduan dengan orang bukan Islam" katanya
Jelasnya bagi mengembalikan kegemilangan umat islam supaya dapat hidup dalam suasana yang bersatu padu adalah
" Sambutan Maulidur Rasul" yang kita adakan setiap tahun bukan sahaja kita berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW, namun dalam masa yang sama ianya dapat menyegarkan ingatan dan kecintaan kepada rasulullah SAW sekaligus dapat memupuk silaturrahim masyarakat di negara ini " tambah Arifin








0 ulasan:
Catat Ulasan