Sabtu, 30 November 2019

ACARA PENDAKIAN (HAIKING) BUKIT TINUBAU DIJADIKAN ACARA TAHUNAN : ARIFIN


Arifin turut menyertai lebih dari 200 orang peserta dalam acara tersebut 

MEMBAKUT : Program Pendakian (Haiking) Bukit Tinubau di kampung Bawan Membakut dekat sini akan dijadikan acara tahunan.

Wakil rakyat kawasan Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif berkata ,oleh kerana sambutan masyarakat setempat dalam acara tersebut begitu amat menggalakkan  mendorong Biro Sukan dan Rekreasi DUN Membakut mengambil ketetapan untuknmenjadikan acara tersebut sebagai acara tahunan dimana ianya akan diadakan pada setiap bulan Disember.

" Disamping menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sehat melalui kegiatan seperti ini, ianya juga dapat merapatkan hubungan silatulrahim tanpa mengira bangsa dan usia" katanya ketika ditemui selepas mengetuai lebih dari 200 orang peserta dalam acara  pendakian bukit Tinubau dekat sini kemarin.

Arifin menyampaikan madel kepada salah seorang peserta warga emas yang berjaya menawan puncak bukit Tinubau dalam acara tersebut

Selain itu menurut Arifin pihak nya telah mengenal pesti beberapa  buah bukit lain sesuai dengan  aktiviti tersebut antaranya bukit Dumas bersebelahan bukit Tinubau juga sesuai untuk acara pendakian sama ada secara keluarga atau organisasi .
Arifin bersama sebahagian dari peserta yang menyertai acara tersebut.

Dalam pada itu Arifin yang juga Ketua penaja parti Bersatu bahagian Kimanis memberi tahu biro sukan dan rekreasi DUN Membakut juga turut menyusun kegiatan sukan dan riadah sepanjang tahun . Antaranya aktiviti pendakian ,Kayuhan dan Larian (PKL) bulan Feb 2020,Larian Padi itu larian merantasi perjalanan di sawah padi Membakut bulan Jun 2020,Larian Pasir iaitu larian di pesisir Pantai Pimping, Bulan September 2020 Kayuhan Merdeka basikal klasik dan Hiking Puncak Dumas Membakut bulan Oktober 2020

" Kita membuat penjadualan ini bagi mempastikan kegiatan sukan dan riadah ini berpanjangan selain menjadikan acara ini sebagai satu produk pelancongan bagi orang ramai datang khususnya pelancong luar datang melawat ke daerah ini" katanya

Arifin menyampaikan madel kepada salah seorang peserta kanak kanak yang berjaya menawan puncak bukit Tinubau .

Pada majlis tersebut Arifin juga turut menyampaikan medal dan sijil penyertaan kepada para peserta yang berjaya dan menamatkan pendakian hingga ke puncak bukit Tinubau .

0 ulasan:

Catat Ulasan