Khamis, 7 November 2019

Kegiatan sukan mampu lahirkan pelajar yang cergas mental dan fizikal:Jamawi


Burnley yang mewakili Jamawi menyampaikan hadiah kemenangan kepada salah seorang peserta kejohanan tersebut.

TENOM: Penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan selain sebahagian daripada ko-kurikulum  sekolah ,kegiatan sukan juga  mampu membantu meningkatkan kecergasan fizikal serta kecerdasan mental.

Ahli Dewan undangan negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata kegiatan sukan juga mampu mendidik golongan pelajar agar berdisplin.

“Aktiviti bersukan dilihat sebagai platform membantu menyeimbangkan kecergasan fizikal dan mental setiap pelajar.

“Mereka bukan sahaja sihat dengan bersukan, malah melalui latihan atau acara yang diadakan membantu mereka lebih berdisiplin dengan mematuhi setiap peraturan yang disediakan,” katanya ketika berucap merasmikan kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sekolah (MSS) Zon 5 Kemabong kali ke 49 di kompleks sukan Tenom kemarin.
Burnley yang mewakili Jamawi menyampaikan cendera kenangan kepada salah satu kontijen yang menyertai kejohanan tersebut


Teks ucapan beliau disampaikan oleh wakil beliau Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang

Selain dari itu Jamawi berkata aktiviti sukan juga adalah flatfrom terbaik bagi mendidik golongan pelajar untuk memiliki semangat juang yang tinggi bagi menghadapi cabaran dalam mencapai kecermalangan dalam bidang akademik.

" Jika dalam kegiatan sukan pelajar dididik berkerja dalam satu pasukan bagi mencapai kemenangan semangat ini juga penting ketika mereka berada dibangku sekolah selain untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam bidang akademik semangat ini juga mendidik mereka erti bersatu padu" katanya.

Sehubungan dengan itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan meminta ibubapa agar memberi sokongan kepada  anak anak mereka yang terlibat dengan kegiatan sukan.

" Penyertaan anak anak dalam kegiatan ko-kurikulum seperti sukan banyak manfaatnya daripada mereka membuang masa sehingga terjebak dengan aktiviti aktiviti yang kurang sehat sehingga menjejaskan masa depan mereka" katanya

0 ulasan:

Catat Ulasan