![]() |
| Shafie (tiga dari kanan) Peter (Kiri) mengiringi ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin ke majlis tersebut |
KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal menafikan dakwaan Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Peter Anthony ingin menubuhkan sebuah parti baharu untuk menentang parti berkenaan.
![]() |
| Shafie menyaksikan Peter menyampaikan cendera kenangan kepada Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar sempana majlis tersebut. |
Presiden Warisan ini berkata, tidak timbul isu Peter ingin menubuhkan parti baharu untuk bersaing dengan Warisan.
“Oleh itu, saya meminta orang ramai agar tidak mempercayai laporan tidak benar yang mendakwa kononnya Naib Presiden, Peter menubuhkan parti baharu untuk menentangnya.
“Jangan percaya laporan yang diputar belit (spinning) yang mengatakan Datuk Peter Anthony mahu buat parti untuk lawan saya,” katanya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam meraikan pasukan bolasepak Sabah yang menjuarai Liga Perdana 2019 malam semalam.








0 ulasan:
Catat Ulasan