![]() |
| ADUN Kemabong Jamawi Jaafar ketika mengambil bahagian dalam sesi perbahasan tersebut. |
KOTA KIANABALU : Penurunan had umur mengundi kepada 18 tahun seseorang warga negara layak mengundi dan dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri adalah wajar kerana golongan belia pada usia itu telah matang untuk membuat pilihan kerana arus kemajuan teknologi telah mendedahkan mereka kepada senario politik seluruh dunia.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata langkah itu jelas memperlihatkan keyakinan kerajaan terhadap golongan belia untuk sama-sama terlibat dalam pembangunan negara.
Menurut beliau golongan belia pada usia 18 kini tidak lagi seperti dahulu kerana mereka banyak mempelajari serta membaca mengenai arus politik duinia menerusi ledakan teknologi maklumat.
"Lagipun sudah banyak negara di dunia yang mengamalkannya dan sudah sampai masanya Malaysia dalam pentadbiran kerajaan baharu khususnya di Sabah mengambi pendekatan itu apatah lagi kita sudah menghampiri 2020," katanya ketika mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan Rang Undang Undang Enekman Perlembagaan Negeri (Pindaan) yang dibentangkan oleh Menteri Undang Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Mokthar di akhir persidangan DUN pada petang Khamis lepas.
![]() |
| Jamawi bersama rakan rakan Adun Penyokong kerajaan sebelum sidang DUN bermula |
Pindaan kepada perkara 16 Perlembagaan Negeri itu diluluskan sebulat suara melalui proses undian belah bahagi dimana seramai 57 ahli bersetuju manakala lima tidak hadir sementara tiga lagi bercuti menjadikan Sabah adalah negeri pertama meminda perlembagaan menurunkan had umur kepada 18 tahun bagi seseorang warganegara yang layak mengundi dan boleh dipilih sebagai ADUN.
Selaras dengan keputusan ini menurut Jamawi kerajaan melalui kementerian Pelajaran dan Invoasi perlu menambahbaik sukatan pelajaran kenegaraan sediaada terutamanya sejarah Sabah yang agak kurang dalam sukatan mata pelajaran sejarah masa kini, agar belia lebih memahami konsep bernegara dengan lebih baik
" Selain itu Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan Inovasi juga perlu merangka program jangka panjang selaras dengan perubahan undang-undang baharu ini yang perlu disertai pengisian yang sewajarnya terutamanya dalam aspek kepimpinan belia "katanya
Tambah Jamawi yang juga Ketua Badan Belia Usia Sabah Perubahan ini memberi peluang kepada golongan belia untuk turut sama bertanggungjawab sebagai pemilih dan pemimpin namun dalam masa yang sama diharapkan golongan ini mendapat lebih pendedahan untuk memahami konsep kenegaraan dan peranan mereka kepada negara.
“Kita harap peluang ini juga dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia memandangkan kelompok ini antara jumlah pengundi paling ramai pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti," katanya.
Sejajar dengan perubahan ini Jamawi yakin pada usia 18 tahun belia sudah cukup matang untuk membuat penilaian sewajarnya dalam menentukan hala tuju negara.
Dalam pada itu Jamawi berharap kerajaan akan turut melaksanakan pendaftaran sebagai pengundi secara automatik bagi bagi belia yang mencecah umur 18 tahun bagi membolehkan warga negara yang berusia 18 tahun bukan sahaja sah sebagai pemilih tapi melayakkan mereka boleh bertanding dalam PRU akan datang.
" Terdapat juga kaum belia yang sambil lewa terhadap pendaftaran sebagai pemilih yang sah, dengan adanya pendaftaran secara automatik ini mereka akan lebih peka dan bertanggungjawab sebagai warganegara kepada negara " katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan