Sabtu, 2 November 2019

Masyarakat perlu bersama tangani penagihan dadah -

Jamawi disambut meriah sejurus tiba ke majlis tersebut

KEMABONG : Masyarakat perlu mengelak daripada bersikap 'ini bukan urusan saya'  sebaliknya bersama memainkan peranan dalam mengambil tindakan dan menjadi barisan hadapan dalam menangani isu dadah di komuniti masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar  berkata penglibatan seluruh anggota masyarakat dalam membanteras penagihan dadah sangat penting kerana ia adalah elemen utama dalam menjayakan misi negara bebas dadah.


"Ibu bapa dan keluarga adalah entiti paling kecil dalam masyarakat yang perlu memainkan peranan paling serius dalam memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dengan gejala dadah.

"Ancaman  dadah boleh menimpa sesiapa sahaja, ia merentas kawasan bandar dan luar bandar tanpa mengira status  dan latar belakang serta kepercayaan seseorang," katanya berucap merasmikan Program ceramah pencegahan dadah oleh AADK di kampung Amboi Kemabong dekat sini kemarin.

Program tersebut anjuran bersama AADK ,KRT,MPKK Kampunh Amboi, dan Jabatan Perpaduan Negara daerah Tenom 


Jamawi ketika berucap merasmikan program tersebut.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan , kejayaan membanteras masalah dadah juga memerlukan pendekatan yang seimbang dan menyeluruh dengan dasar yang relevan berdasarkan amalan-amalan terbaik.

'"Ancaman dadah berbahaya dan bahan-bahan yang mengkhayalkan berubah dengan pesat mengikut arus perkembangan teknologi dan cara hidup manusia" katanya


Jamawi bersama golongan belia yang menghadiri program itu

Sehubungan dengan itu menurut Jamawi , pembangunan ekonomi negara juga perlu selari dan seimbang dengan pembangunan sosial modal insan.

"Oleh itu pelaburan sosial perlu dipertingkatkan segera meliputi pendidikan, pembangunan individu dan keluarga, pembangunan rohani dan jasmani serta peningkatan daya tahan dalam semua program dan aktiviti," katanya.

Jamawi berkata, kerajaan melihat perkara itu dengan teliti kerana matlamat untuk mencapai status negara maju akan terbantut jika masalah keruntuhan moral dan sosial menjadi barah dalam kalangan anak-anak muda.

" Kita perlu memantapkan usaha menangani masalah ancaman dadah ini tanpa bergantung sepenuhnya kepada pihak kerajaan ,AADK dan  pihak berkuasa polis namun sebagai pemimpin di peringkat akar umbi jalinan kerjasama dengan badan badan sukarela mengadakan program program kesedaran bahayanya dadah perlu kita pertingkatkan" jelas Jamawi


0 ulasan:

Catat Ulasan