![]() |
| Jamawi bersama salah satu kontijen yang menyertai perarakan sempana sambutan tersebut. |
TENOM : Umat Islam wajar menghargai kemajmukan, melestarikan kehidupan dalam kedamaian, serta memelihara hubungan antara kaum dan agama.
Ahli dewan undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar ianya bukan sahaja dituntut dalam ajaran Islam tapi ajaran agama lain juga menuntut umatnya agar bersatupadu menjaga hubungan harmoni walaupun berbeza agama dan bangsa.
Katanya perpaduan amat penting dalam menjana kemajuan serta kemakmuran negara agar rakyat tanpa mengira agama dan kaum dapat menikmatinya bersama
"Agama Islam menitikberatkan persaudaraan sejagat dan menuntut pelaksanaan keadilan bagi semua tanpa mengira agama dan bangsa.
“Melalui pendekatan ini, hak individu dan masyarakat sama ada yang beragama Islam atau sebaliknya akan sentiasa terpelihara" katanya
Beliau yang juga Ketua Belia Usia berkata demikian ketika berucap merasmikan sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah Tenom di Dewan Masyarakat Datuk Seri Panglima Antenom baru baru ini.
![]() |
| Jamawi mengetuai perarakan dari kompleks Sukan Tenom menuju ke dewan masyarakat Datuk Seri Panglima Antanom |
Dalam hubungan ini Jamawi berkata sambutan Maulidur Rasul setiap tahun bukan sahaja mengajak umat Islam mengingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW ,namun dalam masa yang sama umat Islam wajar menghayati dan mengamalkan ajaran Islam serta menjadikan Baginda sebagai contoh teragung.
"Kita sudah mempunyai ‘role model’ yang terhebat lagi agung untuk diikuti, janganlah kita mensia-siakannya tanpa mengambil iktibar daripada kehidupan Rasulullah SAW,” katanya
Menurut Jamawi,kehalusan akhlak Rasulullah dapat memandu dalam memelihara sahsiah diri untuk menjadi bangsa disegani.

Tambah Jamawi dizaman ledakan kemajuan teknologi maklumat ini umat Islam lebih terdedah dengan pelbagai elemen negetif yang boleh membawa perbelahan dan memutuskan hubungan ukhwah khususnya sesama umat Islam melalui pelbagai status yang dimuat naik dalam media maya yang mencerca,fitnah dan adu domba yang akhirnya merosakkan hubungan hormoni dan perpaduan .
" Kita perlu mengelak dari terjebak dengan budaya ini dengan menitikberatkan ajaran Islam dalam kehidupan yang berlandaskan AL-Quran hadis yang sahih" katanya
Hadir sama di majlis tersebut Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu@Aziz Jaafar ,Penolong pegawai daerah Tenom yang juga Pengerusi penganjur Mas Syazwan Masood dan Pegawai Daerah Kecil Kemabong Djamiluddin Kamiluddin .

0 ulasan:
Catat Ulasan