![]() |
| Winnie bersama guru guru,ibubapa dan para pelajar yang menerima Anugreh tersebut |
PENAMPANG: Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam melahirkan
modal insan yang cemerlang dan sempurna dari segi jasmani, rohani, emosi, mental dan intelek.
Wakil Pegawai Pendidikan Daerah Penampang Winnie Phan berkata, ibubapa tidak seharusnya meletakkan tanggungjawab sepenuhnya kepada warga guru dalam mendidik anak-anak mereka tapi dalam masa yang sama mereka perlu memberikan dorongan berterusan bagi memastikan kejayaan para pelajar menjadi modal insan kepada pembangunan dan kepimpinan negara pada masa akan datang.
![]() |
| Antara guru guru Sk Bahang yang menjadi tunggak utama menjayakan majlis tersebut. |
Menurut beliau semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah sederap berusaha untuk merealisasinya ,dimana hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlangan akademik yang tinggi mampu digapai.
'Kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, bak kata peribahasa seperti aur dengan tebing" katanya
![]() |
| Winnie bersama sebahagian dari guru-guru Sk Bahang |
Beliau berkata demikian ketika mewakili Pegawai Pendidikan daerah Penampang merasmikan Majlis Anugreh Kecermalangan SK Bahang di dewan terbuka sekolah tersebut pagi kemarin.
Hadir sama Guru Besar Sk Bahang Saadiah Zakaria,Yang Dipertua Persatuan Ibubapa Guru (PIBG) SK Bahang Dino Lester dan Naib Yang Dipertua PIBG Sk Bahang Peter Polodo.
Menurut Winnie sasaran membawa negara mencapai standard pendidikan berkualiti di peringkat antarabangsa perlu digalas semua pihak. Pelbagai program diperkenalkan Kementerian Pelajaran seperti Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah sebagai platform meningkatkan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak serta menggalakkan penglibatan komuniti dengan sekolah.
Winnie berkata usaha menjadikan para pelajar sebagai peneroka ilmu bukan sekadar pengikut ,amat penting bagi mempersiapkan generasi muda dengan keperluan abad ke-21.
"Selama ini , kita beranggapan penglibatan ibu bapa dengan pembelajaran anak-anak mereka di sekolah berlaku secara semula jadi,namun, dengan perubahan zaman dan cabaran semasa, usaha secara bersepadu dan bersungguh-sungguh melalui satu kaedah perlu dilakukan oleh semua lapisan masyarakat supaya dapat menyumbang kepada kejayaan anak-anak dalam erti kata ibu bapa menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah" katanya
Mengulas majlis tersebut Winnie berkata ianya adalah selari dengan matlamat memberi dorongan dan memotivasikan para murid agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang.
" Diharapkan yang cemerlang akan terus mempertahankan momentum kecermalangan ini hingga ke menara gading kerana ianya tidak akan berulang secara sendirinya pada masa hadapan ini kerana hakikatnya kita berhadapan dengan cabaran baru yang menuntut kita supaya meneroka ilmu terkini melakukan inovasi dan berusaha untuk melangkaui sempadan kecemerlangan.
" Bagi yang kurang cemerlang pula jangan mudah berputus asa pertingkatkan usaha dengan menjadikan kecermalangan yang dicapai oleh rakan rakan sebagai pendorong semangat bagi mencapai kejayaan yang lebih baik" tambah Winnie .










0 ulasan:
Catat Ulasan