Ahad, 1 Disember 2019

SUBURKAN BUDAYA GOTONG ROYONG

Suraimi (tengah) bersama mereka yang menjayakan program gotong royong tersebut

TENOM:
Budaya gotong-royong terus subur dalam kalangan masyarakat di negeri ini  yang merupakan amalan murni yang mampu mengeratkan hubungan silatulrahim sesama mereka.


Pengerusi Masjid Daerah Ar-Rahman pekan Tenom Suraimi Magi berkata budaya ini perlu terus dilestarikan terutamanya di kalangan generasi muda agar mereka juga dididik dengan budaya ini bagi mengelakkan mereka hidup dalam dunia yang lebih bersifat individu.

"Program gotong royong juga dilihat platfrom terbaik dalam memupuk perpaduan kaum apabila ia disertai penduduk pelbagai bangsa agensi kerajaan dan badan badan NGO ” katanya ketika berucap melancarkan gotong royong perdana membersihkan masjid Ar-Rahman Tenom dan persekitarannya kemarin.

Suraimi turut serta dalam gotong royong tersebut 

Gabungan kerjasama penduduk dan agensi kerajaan merealisasikan program Gotong-Royong  tersebut terdiri daripada jawatankuasa Masjid Ar Rahman Tenom ,Jabatan kerajaan terdiri dari PDRM,Bomba,Persatuan Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Tenom ,USIA Bahagian Tenom,Kelas Takmir, Klasik Bimbingan Saudara Baru dan KAFA daerah Tenom 

Anggota Bomba turut serta membersihkan longkang sekitar masjid Ar-Rahman Tenom

Sambil menghargai dan berterima kasih atas sambutan masyarakat Islam setempat,jabatan kerajaan dan badan badan NGO Suraimi berkata gotong royong tersebut juga membawa masej kepada masyarakat akan pentingnya mengamalkan budaya sehat dan sentiasa menjaga kebersihan setempat terutamanya tempat tempat awam yang sering kali menerima kunjungan orang ramai .

' Hari ini kita memilih masjid Ar-Rahman Pekan Tenom sebagai lokasi pembersihan dimana  ianya sebagai rumah Ibadah yang sentiasa menerima kunjungan umat Islam dari dalam dan luar daerah yang singgah mengerjakan solat" katanya.













0 ulasan:

Catat Ulasan