Isnin, 1 Oktober 2018

PELBAGAIKAN FUNGSI MASJID:JAMAWI

Jamawi sambil diperhatikan Suraini menyampaikan sijil penghargaan kepada Bendahari Masjid AR Rahman Tenom Hassan Basri sempena majlis tersebut

TENOM: Fungsi masjid seharusnya dipelbagaikan agar tidak tertumpu sebagai pusat ibadah sahaja.

Ketua Badan Belia Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Jamawi Jaafar berkata,  masjid bukan sahaja dijadikan tempat untuk menyebarkan syiar Islam malah sebagai lokasi menganjurkan pelbagai aktiviti.

“Masjid berfungsi sebagai institusi asas lagi utama untuk mendukung peranan mengembangkan syiar Islam.

“Masjid tidak sekadar pusat untuk melakukan ibadah solat, malah masjid telah dan hendaklah terus berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu, budaya dan turut berperanan sebagai pusat membangunkan masyarakat,” katanya.
Antara jemaah masjid yang hadir ke mesyuarat agung tersebut

Beliau yang juya Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabonh berkata  demikian  ketika berucap merasmikan mesyuarat agung jawatankuasa Masjid Ar Rahman daerah Tenom di bilik mesyuarat masjid tersebut  baru baru ini.

Hadir sama Pengerusi Masjid Ar Rahman Tenom  Suraimi Magi dan Ketua Usia Bahagian Tenom Paduman Haji Abdul Majid


Menurut Jamawi  lagi, masjid juga memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat.

“Masjid hendaklah terus berperanan sebagai tapak semaian mencanai minda berilmu dan membina sahsiah insan solihin,” katanya  lagi.

Katanya lagu , peranan masjid untuk mengembangkan tamadun Islam juga perlu dikekalkan.

“Masjid telah pernah dan hendaklah terus berupaya menjana tamadun Islam yang agung,” katanya

Dalam perkara lain Jamawi juga memuji kejayaan masjid Ar Rahman melalui pelabagai anugerah peringkat negeri yang pernah diterima oleh masjid ini dan berharap ianya akan memberikan anjakan untuk jawatankuasa masjid untuk merancang dan melaksanakan pelbagai program demi kebaikan masyarakat Islam di daerah ini .

Sementara itu Suraini Mahu kekal menjadi pengerusi masjid Ar Rahman Tenom untuk sesi 2018-2020 yang dibantu oleh timbalannya Imam Daerah Tenom  Haji Jainal Amat.

0 ulasan:

Catat Ulasan