Sabtu, 13 Oktober 2018

KUNJUNGAN HORMAT AJK BAHARU MASJID AR RAHMAN TENOM


SATU PASUKAN..Jamawi bersama Suraimi (tengah) merakamkan gambar kenangan bersama ahli jawatankuasa masjid Ar- Rahman Tenom pada kunjungan tersebut

Jawatankuasa Masjid Ar Rahman bagi sesi 2018-2020 yang diketuai oleh pengerusinya  Suraimi Magi baru baru ini telah melakukan kunjungan hormat ke atas Wakil Rakyat Kemabong Jamawi Jaafar di Pejabat Perhubungan ADUN Kembong.
Suraimi ketika menyerahkan watikah perlantikan sebagai Penasihat Í kepada Jamawi semasa kunjungan tersebut


Menurut Suraimi selain memperkenalkan barisan baharu kepimpinan ahli jawatankuasa Masjid Baharu AR Rahman Tenom kunjungan tersebut juga bertujuan untuk menyerahkan watikah perlantikan kepada Jamawi yang dipilih oleh jawatankuasa masjid sebagai Penasihat Í jawatankuasa tersebut. Selain itu tambahnya turut dijelaskan pada pertemuan tersebut ialah perancangan kegiatan kegiatan yang bakal dilaksanakan oleh jawatankuasa tersebut bagi mengimarahkan lagi masjid dan dakwah di daerah ini.

Jamawi ketika menyampaikan amanat pada sesi perjumpaan tersebut

Dalam pada itu Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Sabah turut mengucapkan tahniah kepada jawatankuasa masjid yang baharu dipilih dan berharap jawatankuasa itu pro aktif dalam melaksanakan fungsi serta peranannya bukan sahaja mengimarahkan masjid melalui program program dakwah namun berusaha menarik lebih ramai golongan belia Islam terlibat dalam kegiatan kegiatan masjid.

0 ulasan:

Catat Ulasan