![]() |
| PPM KEMABONG Burnley Balang berucap mewakili ADUN Kemabong merasmikan majlis tersebut |
KEMABONG Pemimpin masyarakat di semua peringkat diminta memberi kerjasama erat kepada kerajaan demi pembangunan rakyat.
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) kawasan Dewan Undangan Negeri Kemabong yang baru dilantik Burnley Balang berkata pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi harus memainkan peranan penting menyebarkan maklumat sahih serta telus seperti projek pembangunan di kawasan mereka termasuklah masalah komuniti setempat yang mereka hadapi
“Rakyat tidak harus menjadi mangsa atau dipinggirkan dalam menerima projek pembangunan kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar merasmikan majlis sukaneka di kampung Marais Baru baru ini.
![]() |
| PPM Kemabong Burnley Balang (tiga dari kiri) menyertai masyarakat setempat dalam senamrobik sempana program tersebut |
Menurut Burnley sebagai PPM Yang diberikan amanah serta kepercayaan oleh wakil rakyat Kemabong dan kerajaan di kawasan tersebut beliau memerlukan sokongan serta kerjasama untuk sama sama melaksanakan tugas serta tanggungjawab kepada rakyat di kawasan Kemabong .
" Secara peribadi saya ingin merakamkan terima kasih atas amanah dan kepercayaan Wakil Rakyat kawasan ini Jamawi Jaafar yang mencadangkan nama saya mengisi jawatan sebagai PPM yang sudah tentu memerlukan sokongan serta kerjasama sama dari semua pihak terutamanya pemimpin akar umbi" katanya
Beliau juga mengingatkan rakyat jangan menggunakan saluran pembangkang bagi penyelesaian sesuatu isu atau masalah berbangkit kerana khuatir pembangkang akan ‘menangguk di air keruh’ untuk keuntungan mereka.
“Adalah menjadi tanggungjawab saya dan semua ketua masyarakat saling bekerjasama memastikan rakyat layak menerima apa yang dikehendaki mereka,” katanya.
Mengulas program tersebut Burnley berkata ianya merupakan program yang bermanfaat kepada komuniti setempat selain dapat beriadah bersama untuk kesihatan program seperti ini juga boleh mengeratkan hubungan silatulrahim
FIKRAHMAYA.BLOG.SPOT








0 ulasan:
Catat Ulasan