![]() |
| Jamawi menerima cendera kenangan dari pengerusi masjid Hidayatullah Perumahan Kalang selepas melancarkan tabung tersebut |
TENOM : Ketua Belia Pertubuhan Islam seluruh Sabah ( USIA) Jamawi Jaafar mengingatkan umat Islam supaya bersatu padu dan mengelak daripada perpecahan.
Katanya,Masyarakat Islam jangan berpecah belah dan elakkan persengketaan meskipun berlainan pendapat dan berselisih pandangan tetapi itu tidak boleh dijadikan sebagai asas untuk mereka berpecah belah kerana jika umat Islam berpecah belah, kedudukan mereka akan menjadi lemah.
"Jangan terpedaya, terlena dan asyik mendengar kata-kata yang hendak memecah-belahkan kita. Yang penting pada kita ialah mesti bersatu-padu," katanya ketika berucap melancarkan Tabung Seruan Korban Masjid
Hidayatullah Perumahan Kalang dekat sini baru baru ini
![]() |
| Jamawi bersama ahli jawatankuasa masjid Hidayatullah Perumahan Kalang menyemak senarai nama yang ingin menyumbang untuk tabung tersebut |
Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong berkata,umat Islam hendaklah berwaspada kerana usaha memecah-belah dan melemahkan mereka sentiasa ada.
Beliau berkata umat Islam hendaklah bersyukur dengan segala nikmat yang diperoleh di negara ini.
"Ini kerana ada negara yang rakyatnya hidup susah dan kebuluran. Kita di sini, Alhamdulillah segala-galanya mencukupi" katanya
Mengulas program tersebut Jamawi berkata ianya merupakan satu inisiatif yang positif bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk sama sama melaksanakan ibadah korban.
" Selain mengurangkan beban ,tabung seperti ini dapat mengwujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni dan saya berharap ianya dapat diperluaskan ke masjid-masjid lain di daerah ini" katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan