Rabu, 10 Oktober 2018

GLC DISARAN SUMBANG RUMAH UNTUK GOLONGAN MISKIN

Menjiwai denyut nadi rakyat Jamawi bersembang dengan Yapoi  Atuk semasa ziarah di kediamannya di kampung  Mamaitom Kemabong

KEMABONG : Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta di negeri ini disaran membantu membaik pulih atau membina rumah baharu kepada golongan miskin yang memerlukan kediaman yang selesa.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata ,walaupun kerajaan mempunyai program tertentu untuk menyediakan rumah kepada golongan tersebut namun jumlah mereka adalah ramai.

"Melalui sumbangan sektor korporat termasuk GLC ini, ia akan mempercepatkan penyediaan rumah kepada golongan asnaf dan miskin ini," katanya kepada pemberita selepas  melakukan ziarah ke berapa buah kampung antaranya kampung Korolok,kampung Ahuron dan kampung  Mamaitom dalam kawasan Dun Kemabong baru baru ini

Jamawi bertanyakan khabar ketika melakukan ziarah di salah sebuah rumah di kampung Korolok Kemabong

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata , sektor korporat dan badan bukan kerajaan (NGO) didapati berkesan dalam membantu rakyat dan ia dapat dilihat sebagaimana yang pernah dilaksanakan sebelum ini cuma bilangannya masih terlalu sedikit.

Diajukan soalan mengenai keperluan bantuan rumah dibawah Projek Perumahan  Rakyat Termiskin (PPRT) dikawasan DUN Kemabong Jamawi berkata, masih ramai golongan yang memerlukan bantuan tersebut dan berharap kerajaan akan meneruskan program bantuan perumahan ini demi untuk kesejahteraan golongan yang benar benar memerlukanya.

Perlukan bantuan Jamawi ziarah salah seorang penduduk di kampung  Ahuron yang perlukan bantuan rumah

" Hari ini saya sendiri turun padang melihat sendiri keadaan yang berlaku dan memang agak menyedihkan bak  kata pepatah " Berat mata memandang berat lagi bahu memikul"  Dari pemerhatian ini, sudah tentu saya akan mencari jalan bagaimana golongan ini dapat dibantu" katanya.

Menurut Jamawi beliau sendiri disamping kerjasama dari pada Pejabat daerah Kecil Kemabong, pegawai pegawai Adun Kemabong termasuk pemimpin masyarakat akar umbi akan meneliti  golongan yang benar benar memerlukan bantuan perumahan ini.

" Berkemungkinan sebelum ini mereka tiada maklumat mengenai pendaftaran di e kasih menyebabkan mereka tercicir dari menerima bantuan ini ,dan melalui program turun padang ini kita melihat sendiri masalah mereka yang benar benar memerlukan bantuan " katanya.

Sehubungan dengan itu Jamawi turut mengingatkan agar pemimpin akar umbi seperti pemaju masyarakat,ketua kampung dan pengerusi JKKK agar memberikan laporan yang tepat dan telus agar tidak ada  golongan yang mengharapkan bantuan tercicir.

Tambah Jamawi permohonan kepada kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagi melaksanakan projek dibawah program PPRT ini telah pun dikemukan dan berharap mendapat pertimbangan sewajarnya  dari kerajaan.

0 ulasan:

Catat Ulasan