![]() |
| SATU PASUKAN..Suraimi(tengah) bersama ahli jawatankuasa baru Masjid Ar-Rahman untuk sesi 2018/2020 |
TENOM :Tugas dan tanggungjawab mentadbir dan mengimarahkan surau atau masjid bukanlah suatu pekerjaan yang mudah. Ia memerlukan komitmen dan tumpuan yang tidak berbelah bahagi, tambahan pula ia adalah satu kerja sukarela.
Pengerusi Masjid Ar-Rahman Pekan Tenom Suraimi Magi berkata,semangat untuk mengimarahkan masjid akan merundum bila program pengimarahan rumah Allah tidak mendapat kerjasama serta sambutan dari ahli kariah.
Sehubungan dengan itu Suraimi yang baru saja dipilih menjadi pengerusi masjid Ar Rahman untuk Panggal ke 4 mengajak ahli jawatankuasa baru yang dilantik agar komited dan bekerjasama menghadapi cabaran seperti ini demi mengimarahkan masjid
" Kita hadapi kekangan ini sebagai satu cabaran yang perlu dihadapi dan diatasi demi memperoleh petunjuk serta ganjaran pahala di sisi Allah.SWT" katanya ketika mempengerusikan mesyuarat pertama dan mengumumkan perlantikan ahli jawatankuasa baharu masjid Ar Rahman untuk sesi 2018-2020 di balik kuliah masjid tersebut kemarin .
Pada mesyuarat tersebut Suraimi turut mengumumkan perlantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Jamawi Jaafar sebagai Penasihat I dan Ustaz Mohd Yacob Ismail Penasihat II
Turut diumumkan barisan ahli jawatankuasa yang terdiri dari gandingan muka lama dan baru antaranya Setiausaha Jaidy Jaid,Bendahari Yunus Haji Saudi dan penolong setiausaha Usatz Mohd Lufti Ahmadin.
![]() |
| Suraimi menyampaikan watikah perlantikan kepada Timbalan apengerusi Masjid Ar-Rahman Tuan Haji Asaran Amat |
Mengulas kegiatan yang bakal dilaksanakan Suraimi selain mengekalkan kegiatan kegiatan keagamaan untuk mengimarahkan masjid ,jawatankuasa baru masjid ini juga merancang untuk mengwujudkan perpustakaan,gelari masjid, tanaman herba,menternak lebah dan juga mengwujudkan klas tuition untuk anak anak kariah masjid.
" Saya berharap jawatankuasa yang dilantik ini lebih kreatif dan proaktif melaksanakan tanggungjawab mereka meskipun berhadapan dengan pelbagai kekangan,namun saya yakin semangat maufakat dikalangan ahli jawatankuasa dan kariah masjid segala perancangan ini akan dapat dijayakan" katanya








0 ulasan:
Catat Ulasan