Rabu, 24 Oktober 2018

KAMPUNG TINURA KEMABONG DAPAT BANGUNAN BAHARU TABIKA KEMAS

Sambutan meriah Jamawi bersama Ketua Pengarah Kemas
Datuk Amiruddin sejurus tiba ke majlis tersebut

KEMABONG : Berita gembira buat penduduk kampung  Tinura  apa bila kerajaan  persekutuan melalui Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas)  telah meluluskan permohonan untuk membina sebuah bangunan baharu Tabika Kemas di kampung tersebut
Jamawi menerima cendera kenangan dari Ketua Pengarah Kemas Datuk Amiruddin selepas merasmikan majlis tersebut

Perkara ini di dimaklumkan oleh Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar ketika ditemui selepas merasmikan program Lestari (Kemas) Peringkat Negeri di kampung tersebut baru baru ini.

Hadir sama di majlis tersebut Ketua Pengarah (Kemas) Datuk Amiruddin Arrifin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang

" Kita berharap bangunan ini dapat dibina seawal tahun depan dan  turut berterima kasih kepada kerajaan persekutuan melalui (kemasl yang telah meluluskan peruntukan bagi pembinaan bangunan baharu Tabika Kemas di kampung ini bagi membolehkan anak anak di kampung ini dapat belajar dalam keadaan yang lebih selesa apabila bangunan ini siap kelak" katanya

Jamawi dan isteri beramah mesra dengan penduduk kampung semasa program tersebut

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan turut berharap kerajaan akan dapat menyalurkan lebih banyak peruntukan dalam menyediakan bangunan Tabika Kemas yang baharu di seluruh negeri ini, khusus di daerah ini memandangkan sebahagian tabika ketika ini menumpang di balairaya ataupun rumah kebudayaan milik penduduk kampung.

“Keadaan ini sememangnya tidak memberi keselesaan kepada warga pendidik di tabika ini khususnya bagi pelajar berbanding mempunyai bangunan sendiri yang mempunyai kelengkapan yang lengkap,” katanya.

Jamawi turut menyampaikan sijil penghargaan kepada salah seorang penduduk kampung sempana program tersebut

Dalam pada itu Jamawi berkata,(Kemas)terus menjadi agensi penyambung nilai murni kemasyarakatan, selain telus dalam berperanan sebagai mata, telinga dan lidah kerajaan.

Katanya,  peranan penting agensi berkenaan terutama dalam membentuk pola pemikiran masyarakat dilihat seiring aspirasi kerajaan dalam menjayakan agenda Malaysia Baharu

"(Kemas)terus menjadi sebuah komponen yang bukan sahaja berperanan di peringkat dewasa tetapi berupaya membentuk nilai murni sepanjang proses pembesaran kanak-kanak" katanya

Sehubungan dengan itu Jamawi berkata (Kemas)  wajar diberi perhatian kerana peranannya dalam menerima maklum balas tepat di peringkat akar umbi. Ia seterusnya menjadi menyambung kepada kerajaan sebagaimana peranan agensi strategik lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan