![]() |
| Jamawi menerima tabik hormat dari kontejan yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut |
KEMABONG - Golongan ibu-bapa perlu memainkan peranan dalam memberi sokongan dan galakan kepada anak-anak menyertai kegiatan kokurikulum di sekolah kerana dapat membentuk sahsiah diri serta mewujudkan jati diri dalam diri mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kejayaan akademik tidak lengkap jika para pelajar gagal menyerlah dalam pelbagai aktiviti tersebut sama ada pasukan beruniform atau aktiviti sukan.
Tambahnya, peranan ibu-bapa penting untuk memastikan anak-anak mereka aktif menganggotai pasukan beruniform dan aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.
![]() |
| Jamawi menerima cendera kenangan dari Guru Besar Sk Kemabong selepas merasmikan kejohanan tersebut |
"Pembabitan dalam kokurikulm akan menjadikan mereka lebih cergas berfikir, berdisiplin ,memiliki semangat juang yang tinggi dan sihat
![]() |
| Kreatif ,Jamawi melawat salah sebuah rumah pasukan yang menyertai kejohanan tersebut |
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Sukan dan Olahraga Sk Kemabong kali ke 49 dekat sini baru baru ini.
Hadir Sama Guru Besar Sk Kemabong Marias Umbul Yang Dipertua PIBG Sk Kemabong James Liaron dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang
Jamawi berkata, terdapat segelintir ibu-bapa yang melarang anak menyertai aktiviti tertentu di sekolah kerana bimbang akan menjejaskan pelajaran anak-anak mereka.
![]() |
| Mesra Jamawi bersalaman dengan guru guru sejurus tiba untuk merasmikan kejohanan tersebut |
Tambahnya, tanggapan sedemikian perlu dikikis memandangkan salah satu syarat untuk ke institut pengajian tinggi awam (IPTA) memerlukan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolahnya.
"Pelajar yang aktif menyertai aktiviti luar lebih berpeluang mendapat tempat di universiti berbandingkan ng dengan mereka yang tidak aktif dalam kegiatan ko-kurikulum "" ukurnya
Dalam perkembangan yang sama Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata ,penganjuran program tersebut juga dapat menjalin kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibubapa.
" Kerjasama ini penting bukan sahaja untuk kemajuan kurikulum pelajar namun untuk kemajuan ko-kurikulum agar kecermalangan pelajar dan sekolah dapat dicapai secara seimbang' jelas Jamawi.










0 ulasan:
Catat Ulasan