Isnin, 29 Oktober 2018

WANITA DIGALAK CEBURI BIDANG PERNIAGAAN

Tahniah Zulkhairi ketika menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta semasa majlis penutupan tersebut

SIPITANG : Rakyat di luar bandar terutamanya  golongan wanita digalakkan menceburi bidang keusahawanan dan perniagaan bagi membantu mereka meningkatkan taraf hidup dan memperkasakan ekonomi keluarga.

Pengurus Kawasan  Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan Zulkhairi Ismail berkata, penglibatan dalam bidang keusahawanan membantu golongan wanita menjana pendapatan sendiri seterusnya membebaskan kebergantungan terhadap mana-mana pihak.

Zulkhairi menunjukkan hasil kerepek yang dihasilkan peserta program tersebut

“ Dalam memperkasakan golongan  wanita, ia bukan sahaja untuk jawatan tertentu malah kerajaan juga turut  memperkasakan mereka dari segi ekonomi dan bebaskan mereka daripada kebergantungan.

“Menerusi bidang keusahawanan, mereka boleh menjadi suri rumah yang berjaya.

“Kejayaan ini akan membantu keluarga dimana mereka juga mampu menjana pendapatan sendiri,” katanya.

Zulkhairi (tengah) bersama para peserta yang menyertai program tersebut 

Beliau berkata demikian ketika  berucap menutup Program Bimbingan Usahawan (Pembuatan pelbagai kerepek) anjuran Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pedalaman Selatan di Pusat Kegiatan Wanita Kampung Pelakat dekat sini kemarin.

Seramai 35 orang peserta menyertai program tersebut yang memberikan tumpuan kepada bimbingan dalam pembuatan pelabagai jenis kerepek.

Menurut Zulkhairi kerajaan menyediakan pelbagai peluang dan kemudahan bagi membantu rakyat khususnya golongan wanita menceburi bidang keusahawanan antaranya bantuan peralatan, bimbingan dan juga pinjaman melalui pelbagai jabatan dan agensi kerajaan yang berkaitan.

Dihargai Zulkhairi menerima cendera hati dari wakil peserta kursus selepas menutup program tersebut

" Semua kemudahan yang disediakan oleh kerajaan ini amat bergantung  kepada sikap dan komitmen kita untuk merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan untuk maju dalam bidang ini dengan manafaatkan sumber yang ada seperti pisang ubi dan lain lain untuk dijadikan bahan asas untuk menceburi bidang ini seperti pembuatan pelbagai jenis kerepek " katanya.

Peserta dibimbing cara membuat kerepek semasa program tersebut

Tambah Zulkhairi dengan menghasilkan produk yang berkualiti dari segi rasa ,pembungkusan dan cara pemasaran yang strategik sudah tentu produk yang dihasilkan boleh menembusi pasaran bukan sahaja di dalam negeri malah boleh ke peringkat luar negara.

" Dizaman dunia tanpa sempadan melalui jaringan Internet , pemasaran boleh dibuat secara dalam talian dan ini sudah tentu memudahkan lagi pemasaran terhadap produk-produk yang kita hasilkan" tambah Zulkhairi


FIKRAH MAYA BLOGSPOT














0 ulasan:

Catat Ulasan