Rabu, 17 Oktober 2018

Puteri UMNO buat program sederhana tapi berkesan:Japlin

Japlin (tengah) bersama kepimpinan Puteri UMNO Sabah dan Kota Belud

KOTA BELUD :Naib Ketua UMNO bahagian Kota Belud, Datuk Japlin Akim berkata pendekatan turun padang melalui lawatan rumah ke rumah lebih  efikitf dan berkesan kerana anggota Puteri UMNO berdepan dengan rakyat di akar umbi.

Jelasnya, program yang benar benar dapat menyantuni rakyat  lebih berkesan berbanding dengan  program berskala besar namun yang hadir  hanya golongan tertentu berbanding dengan program turun padang .

“Dekati mereka dan rasai permasalahan mereka, jelajah seluruh kawasan tidak kira kawasan kerajaan atau pun kawasan pembangkang.

“Percaya dan yakin kita mampu mengambil hati rakyat. Jangan berputus asa. Kita buat pertama kali dalam sejarah tumbang dan kalah kepada parti lawan. Ini adalah hakikat yang perlu kita terima tapi jangan sampai melemahkan semangat kita untuk terus  berjuang" katanya

Beliau berkata demikian semasa Jelajah Ukhwah Puteri UMNO Sabah di Kota Belud baru baru ini.

Japlin menerima cendra kenangan dari Ketua Puteri UMNO Sabah selepas perjumpaan tersebut

Terdahulu siri jelajah yang sama turut dilaksanakan  di Kudat dan Tuaran.

Menurut Japlin hentikanlah memviralkan perkara perkara yang telah dimeriahkan sosial sebaliknya memviralkan masalah rakyat agar kerajaan dan pemimpin mengambil perhatian dan tindakan untuk kebaikan rakyat.

" Masalah di lain tempat kita kongsi dan viralkan di media sosial sedangkan masalah kita di kawasan sendiri kita biarkan" katanya .

Sehubungan dengan itu beliau mahukan agar anggota Puteri lebih fokas kepada masalah setempat bagi memulihkan keyakinan ahli dan rakyat kepada UMNO.

Sementara itu, Ketua UMNO bahagian Kudat, Datuk Gurahman Lolong meminta anggota Puteri UMNO jangan sandarkan masa depan kepada perjuangan yang tidak ada arah tujuan tetapi teruslah berpegang teguh dan berpaut pada parti UMNO kerana perjuangan kita adalah untuk rakyat," katanya lagi.

Tambah beliau, ahli-ahli Puteri perlu sedar bahawa UMNO bukan lagi kerajaan tetapi pembangkang dan seharusnya setiap kaedah gerak kerja perlu ditukar dan diubah suai sejajar dengan perkembangan semasa.

Katanya, meskipun dalam aspek membela nasib rakyat, UMNO tidak lagi boleh memberikan bantuan seperti dahulu tetapi UMNO boleh menjadi pemudah cara khususnya dalam aspek maklumat, pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu masalah.

"Cabaran yang besar kita kini ialah membentuk penyatuan yang kukuh dalam UMNO untuk menggembalikan maruah parti itu terutama di mata rakyat," katanya


0 ulasan:

Catat Ulasan