Ahad, 14 Oktober 2018

HARI SUKAN NEGARA GALAK RAKYAT AMAL BUDAYA HIDUP SEHAT:JAMAWI


Jamawi menyertai warga SMK  Chinta Mata dalam acara senam robek sempana program tersebut

KEMABONG:  Hari Sukan Negara adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara-negara maju.

“Budaya sukan secara tidak langsung dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Justeru,  rakyat perlu mengamalkan budaya  sehat dan mengamalkan budaya bersukan dalam kehidupan seharian disamping menjaga pemakanan " katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan  anjuran SMK Chinta Mata   dekat sini pada Sabtu lepas.

Dalam perkembangan yang sama, menurut  beliau sambutan Hari Sukan Negara merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan.

"Ia adalah suatu langkah proaktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

"Sambutan ini diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun," jelasnya.

Jamawi turut menyampaikan Motivasi kepada pelajar tingkatan lima SMK Chinta Mata yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini

Tambah beliau, antara objektif Hari Sukan Negara ialah untuk memupuk semangat perpaduan antara semua kaum selain dapat meningkatkan pengetahuan sukan.

"Ia juga bertujuan untuk menerapkan budaya sukan dalam kalangan rakyat," katanya

Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai acara dan aktiviti seperti Senam robek beramai ramai dan acara sukan yang lain

Pada majlis tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkesempatan memberikan motivasi kepada 89 pelajar tingkatan lima yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini.



0 ulasan:

Catat Ulasan