![]() |
| Jamawi ditemani isteri berkunjung ke salah sebuah rumah penduduk kampung tersebut |
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, data tersebut diperolehi berdasarkan maklumat diperolehi dari pejabat daerah bagi mereka yang memohon PBR melalui sistem e kasih.
" Keperluan ini memang agak tinggi berbanding dengan kelulusan yang kita perolehi setiap tahan hanya sekitar 20 ke 30 bagi kawasan Perlimen Tenom " katanya ketika ditemui selepas mengetuai rombongan XPDC Batu Binatikuan dan singgah melakukan ziarah di kampung Alutok dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Jamawi bertanyakan khabar kepada salah seorang penduduk semasa ziarah tersebut |
Menurut Jamawi, beliau sedar akan keperluan tersebut melalui program program ziarahnya ke beberapa buah kampung di kawasan DUN Kemabong dan melihat sendiri terdapat beberapa buah rumah yang begitu daif diperbuat daripada buluh dan ada sebilangan keluarga terpaksa berkongsi sehingha empat keluarga berkongsi didalam sebuah rumah.
" Kita sedar mereka yang memerlukan bantuan dibawah program PBR Ini agak banyak,kita akan bantu peringkat demi peringkat mengikut keutamaan " katanya.
Jamawi berkata beberapa permohonan penduduk untuk memiliki rumah dibawah program PBR ini telah pun dikemukakan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah bagi tujuan untuk memohon peruntukan
Tambah Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan ,dalam kajian separuh
![]() |
| Jamawi meneliti permohonan salah seorang penduduk semasa program tersebut |
Sehubungan dengan itu beliau berharap kerajaan bukan sahaja meneruskan program PBR tapi perlu juga menambah bilangannya bagi agar lebih banyak golongan yang memerlukanya dapat dibantu khususnya di kawasan Kemabong









0 ulasan:
Catat Ulasan