![]() |
| Jamawi menanam pokok sebagai simbol lawatan ke kampung tersebut |
KEMABONG Isu tanah di kawasan Kampung Bunut Sapong,kampung Biah,Kampung Simpang Empat Sapong yang sebahagiannya tertindih dengan tanah kawasan hutan simpan dan tanah milik Sime Darby perlu ada perbincangan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, beliau akan membawa isu ini kepada kerajaan dan juga pihak Sime Darby agar satu penyelesaian terbaik dapat diputuskan bagi memberi ruang untuk penempatan penduduk kampung
“Apa pun jalan terbaik hendaklah diselesaikan secara rundingan dengan kerajaan negeri dan saya akan mengadakan perbincangan dengan pihak yang terbabit mencari penyelesaian terbaik terhadap isu ini" katanya ketika ditemui selepas menghadiri program santai dan dialog bersama penduduk kampung Bunut,Biah, dan Sungai Empat Sapong dekat sini baru baru ini.
![]() |
| Jamawi bersalaman dengan penduduk kampung sejurus tiba di majlis tersebut |
Bagaimanapun menurut Jamawi penyelasaian isu ini tidak akan dapat dicapai dalam tempoh yang singkat kerana ianya melibatkan banyak pihak dan penduduk di kampung tersebut perlu bersabar.
Dalam perkembangan lain Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan meminta masyarakat di kampung tersebut terus bersatu padu bagi menyokong usaha usaha kerajaan membawa lebih banyak pembangunan untuk kesejahteraan rakyat khususnya di kawasan Kemabong.
" Apabila rakyat bersatu padu saling berkerjasama sudah tentu memudahkan lagi kerajaan menyalurkan pelbagai bantuan dan program pembangunan untuk kepentingan rakyat" katanya
FIKRAHMAYA.BLOGSPOT.COM








0 ulasan:
Catat Ulasan