Khamis, 4 Oktober 2018

Hubungan baik kerajaan Negeri dan Pusat penting untuk kemajuan Sabah

Aru Lipang terharu dengan kunjungan Jamawi ke rumahnya selepas program tersebut

KEMABONG : Hubungan baik antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat amat penting bagi memastikan proses pembangunan di Sabah berjalan dengan baik.

Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar  berkata, hubungan baik seperti itu juga memudahkan perbincangan dan perancangan mengenai keperluan rakyat di Sabah serta penyaluran peruntukan daripada kerajaan pusat memandangkan sumber kewangan  kerajaan negeri agak terhad

Sebagai contoh katanya, permohonan peruntukan  yang menelan kos yang agak tinggi tidak mampu ditampung sepenuhnya oleh kerajaan negeri yang memerlukan peruntukan dari kerajaan persekutuan dan ianya mudah diuruskan untuk memohon peruntukan  dengan adanya hubungan baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan.


Jamawi ketika meninjau keadaan sekolah tadika kemas di kampung tersebut

" Negeri Sabah agak luas ,masih banyak keperluan pembangunan khususnya di kawasan luar bandar seperti bekalan air,elektrik dan perhubungan jalanraya yang baik dan lain lain pembangunan  yang memerlukan kos yang tinggi dan apabila kerajaan Negeri sehaluan dengan kerajaan pusat proses untuk mendapatkan peruntukan bertambah mudah" katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan dan sesi dialog bersama penduduk Nulusuon Kemabong dekat sini baru baru ini.

Menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Warisan dibawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Haji Apdal sentiasa mengambil berat soal pembangunan di kawasan luar bandar dengan mengamalkan budaya turun padang menembusi rakyat di peringkat akar umbi agar apa juga masalah serta keperluan rakyat dapat didengar dan dilihat secara langsung.


Jamawi mengadakan sesi dialog bersama penduduk kampung

"Malangnya apabila program seperti ini dibuat pelabagai tomahan dan fitnah dibuat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab demi kepentingan politik" katanya.

Sehubungan dengan itu Jamawi mengajak rakyat agar tidak termakan dengan fitnah dan provokasi yang dimainkan oleh pihak pihak tertentu dengan tujuan untuk mencelarkan imej kerajaan .

" Masa berpolitik sudah habis,kita tumpu kepada usaha membangunkan rakyat,kerajaan ini adalah kerajaan yang diberikan amanah oleh rakyat untuk mentadbir negeri justeru apa juga usaha kerajaan untuk membawa perubahan kepada negeri perlu kita sokongan" tambah Jamawi.








0 ulasan:

Catat Ulasan