Ahad, 7 Oktober 2018

BEBERAPA BUAH KAMPUNG DI KEMABONG AKAN NIKMATI BEKALAN ELEKTRIK

CERIA..Jamawi bersama penduduk kampung yang menghadiri sesi taklimat tersebut

KEMABONG : Beberapa buah kampung di daerah ini akan mendapat bekalan elektrik 24 jam selepas sekian lama menanti kemudahan tersebut.

Antara kampung yang menerima manfaat tersebut adalah kampung Kengkawang Kolorok,Katubu  Kapulu dan kampung kampung disekitarnya.

Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata kemudahan asas tersebut amat diperlukan oleh penduduk kampung yang terlibat dan menjangkakan kampung kampung yang terlibat akan menikmati kemudahan tersebut selewat lewatnya penghujung tahun ini.

" Saya berharap projek bekalan elektrik luar bandar ini akan dapat memberikan manafaat kepada penduduk kampung yang terlibat" katanya ketika ditemui selepas mengadakan sesi taklimat dan mendaftarkan penduduk kampung yang terlibat untuk skim bayaran ansuran kepada  Sabah Electricity Sdn BHD SESB di kampung Kolorok dan Katubu baru baru ini

Jamawi ketika memberikan penjelasan semasa sesi taklimat tersebut

Hadir sama kakitangan SESB Ibupejabat Kota Kinabalu Tenom, Kakitangan Pejabat Daerah Kecil Kemabong dan Kakitangan ADUN Kemabong.

Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata,usaha untuk membekalkan bekalan elektrik ke kawasan luar bandar di negeri ini merupakan antara perancangan jangka panjang kerajaan melalui  (SESB) untuk membela nasib rakyat terutamanya di luar bandar dan kampung terpencil

Beliau berkata, mengikut statistik terbaharu SESB, terdapat 603 kampung dengan jumlah rumah 19,761 buah di seluruh negeri ini masih belum mempunyai kemudahan bekalan elektrik.

" Dari jumlah tersebut  sebelum di kawasan Kemabong terdapat  36 kampung,  dari 774  buah rumah belum menikmati bekalan elektrik dan angka ini akan berkurangan sebaik sahaja projek ini siap dilaksanakan dan seterusnya kampung kampung lain akan kita laksanakan secara berperingkat peringkat" tambah Jamawi.

Sambil mengucapkan penghargaan dan terima kasih atas  kerjasama yang diberikan SESB kerana memperkenalkan skim bayaran ansuran  untuk pendawaian kepada penduduk yang terlibat ,Jamawi berkata usaha ini turut meringankan beban kewangan penduduk kampung yang memerlukan bekalan elektrik ke rumah mereka .


FIKRAHMAYA











































0 ulasan:

Catat Ulasan