![]() |
| Lancar..Jamawi ketika melepaskan para peserta yang menyertai larian tersebut |
KEMABONG : Kejayaan seorang atlet Andera Anuar pelajar sekolah sukan Sabah berasal dari
kampung Amboi dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Kembong yang muncul sebagai johan dan turut memecahkan rekod kebangsaan dalam acara lompat kijang di SUKMA 2018 di Ipoh Perak baru baru ini boleh dijadikan ikon untuk melahirkan lebih ramai lagi atlet khususnya dari kawasan Pedalaman
Wakil Rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata ,kejayaan Andera berjaya menjulang nama Sabah sekali gus mengharumka daerah kecil Kemabong dan ini membuktikan anak anak dari kawasan Pedalaman Sabah juga boleh bersaing dan menghadapi cabaran untuk mempamerkan kebolehan diri dan mencatat kejayaan dalam bidang masing-masing.
![]() |
| Imbas Kembali...Andera Anwar ketika meraikan kejayaannya di Sukma baru baru ini |
Beliau berharap kejayaan atlet ini dapat menjadi pemangkin kepada atlet lain untuk mencipta kejayaan dalam sukan yang dipertandingkan.
"Saya amat bangga dan mengucapkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada atlet Sabah khususnya Andera sebagai ikon daerah Kemabong yang memenangi pingat emas sekali gus memecahkan rekod kebangsaan di SUKMA 2018 baru baru ini' katanya ketika ditemui selepas melancarkan Larian Amal " Kalawon" anjuran SMK Kemabong dekat Sini dan diminta mengulas kejayaan Andera dalam acara Lompat Kijang
![]() |
| Jamawi menyertai orang ramai dalam acara senamrobik |
Hadir sama Pengetua SMK Kemabong Lian Feel Choo
Terdahulu berucap merasmikan program tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan mahu rakyat menjaga kesihatan dalam usaha menjadi masyarakat bermentaliti kelas pertama dan responsif terhadap persekitaran serta kesejahteraan hidup.
Katanya, golongan yang sihat fizikal dan mental akan terkedepan berbanding golongan yang tidak aktif dan cergas.
"Saya berharap rakyat Kemabong khususnya beriadah secara konsisten dan mengamalkan gaya hidup sihat," katanya
Menurut Jamawi kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan sihat termasuk tidak merokok dan meminum minuman keras serta menjauhi budaya yang melalaikan serta mendekatkan diri kepada agama hendaklah dijadikan amalan hidup.
![]() |
| Antara peserta yang menyertai larian tersebut |
Lebih dari 500 orang pelajar guru guru dan ibubapa menyertai larian amal tersebut yang turut diserikan dengan acara senam robik dan juga cabutan tiket bertuah.










0 ulasan:
Catat Ulasan