Sabtu, 20 Oktober 2018

JOHAN GHANI TARIK DIRI TANDING KETUA CABANG PKR BEAUFORT,

Johan Ghani tarik diri tanding Ketua Cabang PKR Beaufort ,nyatakan sokongan Kepada Abdul Rahman sebagai calon Ketua Cabang PKR Beaufort.

Oleh: Fizee

Datuk Johan Ghani mengangkat tangan Haji Abdul Rahman sebagai tanda sokongan kepada beliau bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Beaufort

KUALA PENYU :  Penyandang Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Beaufort Datuk Johan OT Ghani mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatannya menjelang  pemilihan Cabang PKR Beaufort yang dijadualkan diadakan pada 3 November ini

Penarikan diri dari bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Beaufort  beliau umumkan semasa majlis ramah mesra bersama calon calon Ahli Jawatankuasa Cabang PKR Beaufort yang diadakan di kampung Kepayan Skim petang kelmarin

Johan dan Rahman bersama sebahagian calon calon yang.menawarkan diri bertanding jawatan pada pemilihan cabang PKR Beaufort yang hadir ke majlis itu

Beliau yang juga Naib Presiden PKR Pusat berkata keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor dan kepentingan lain juga perlu diberikan keutamaan dan tumpuan khususnya membantu kepimpinan tertinggi parti memperkukuhkan kekuatan  parti yang
baru saja mengambil tempuk pemerintahan negara.

"Saya rasa sudah sampai masa untuk saya beri peluang kepada pihak yang lain, terutamanya pemimpin yang lebih muda,  komited berwibawa  dan setia dalam perjuangan  parti untuk  menyampaikan khidmat mereka" katanya

Sambil menyatakan sokongannya kepada Haji Abdul Rahman Yakub salah seorang calon Ketua Cabang PKR Beaufort  Johan berkata,dalam konteks pembaharuan, parti ianya memerlukan golongan baharu  yang komited bertenaga dan setia kepada parti  bagi membawa idea dan kecekapan baru bagi memperkasakan parti menghadapi cabaran mendatang

"Seorang calon Ketua Cabang bukan sahaja setia kepada perjuangan parti tapi  perlu ada kewibawaan sentiasa turun padang dan mudah mendekati anggota parti di peringkat akar umbi" katanya

Sehubungan dengan itu beliau mengajak ahli parti memberikan sokongan kepada Abdul Rahman sebagai calon Ketua Cabang PKR Beaufort yang dilihat kewibawaanya mengemudi kepimpinan PKR Beaufort ke arah yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Dengan penarikan diri Johan dalam  pemilihan Ketua Cabang PKR Beaufort ini,pertandingan sengit dijangka berlaku dimana berlaku pertembungan  satu lawan satu antara Abdul Rahman yang juga Pegawai Khas Timbalan Perdana Menteri yang akan dicabar oleh Haji Muali Hj Aching.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Cabang PKR Beaufort empat calon akan berrentap iaitu bekas calon PKR Kuala Penyu Dikin Haji Musah,Haji Abd Rashid Yusof,Jamaludin Duakim dan Lambert Tangkim.

Sementara itu bagi jawatan Naib Ketua Cabang tiga calon turut menawarkan diri bertanding jawatan tersebut yang terdiri daripada Tarawih Hj Rukit ,Rony Chai dan Budingin Golong 

Untuk jawatan ahli jawatankuasa cabang pula seramai  28 orang calon akan bertanding bagi memilih 15 orang ahli jawatankuasa cabang PKR Beaufort

FIKRAH MAYA BLOGSPOT.COM


   
         
       
   
 






   


   
         
       
   
 



         

         
   



         
         
       
       
         
         
         
       
         
       
   


       
         
       
   

0 ulasan:

Catat Ulasan