Selasa, 2 Oktober 2018

PERLAWANAN BOLASEPAK WANITA PERSAHABATAN



Jamawi dan Justin merakamkan gambar kenangan bersama kedua dua pasukan sebelum perlawanan di mulakan

Pasukan Bola sepak Wanita Tenom SAGa (JKFC) baru baru ini bertempat di padang bandaran Pekan Tenom telah mengadakan perlawanan bola sepak secara bersahabat bersama Pasukan Bola Sepak  Wanita Malaysia (Bawah 19 tahun)

Jamawi bersalaman dengan para pemain Tenom SAGA (JKFC) sebelum perlawanan bermula

Perlawanan yang disaksikan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong dan bekas jurulatih pasukan Bola Sepak Sabah Justin Ganai itu menyaksikan pasukan Tenom SAGA (JKFC) tewas ditangan pasukan bola sepak Wanita Malaysia(B19) dengan jaringan empat berbalas satu

Jamawi yang juga pengerusi JJFC ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan ini berkata,perlawanan bola sepak persahabatan tersebut diadakan khusus untuk memberikan pendedahan kepada pasukan bola sepak dari daerah ini untuk menimba pengalaman bagi bersaing dalam perlawanan bola sepak wanita yang lebih berprestij pada masa akan datang

" Mendatangkan pasukan bola sepak wanita Malaysia (B19) ini merupakan salah satu usaha kita untuk merangsang minat belia dari kalangan wanita khususnya di daerah ini untuk berkecimpung dalam bidang sukan khususnya sukan bola sepak disamping mendedahkan pengalaman mereka untuk beraksi bersama pemain bertaraf kebangsaan" katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan