![]() |
| Sebak Jamawi tidak dapat menahan rasa sabak sambil menenangkan tangisan Aru Habit semasa kunjungan pertamanya ke rumah pasangan warga emas ini di kampung Bakuku Kemabong |
KEMABONG : Kisah pasangan warga emas yang hidup dalam serba kekurangan di kampung Bakuku Kemabong mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan itu Jamawi Jaafar.
Pasangan warga emas yang berusia dalam lingkungan 80an Aki Ukab Ampulas dan isterinya Aru Hanit bukan sahaja hidup dalam serba kekurangan namun terpaksa tinggal di rumah yang usang dalam keadaan kesihatan mereka yang tidak mengizinkan dan mengalami masalah penglihatan (rabun)
Tangisan ,Aru Hanit yang begitu terharu dengan kehadiran Jamawi yang sinonim dengan gelaran "Anak Kampung" bersama rombongan ke kediaman mereka semasa XPDC Batu Binatikan baru-baru ini adalah sesuatu diluar dugaannya.
Melihat tangisan Aru Hanit dan melihat keadaan tempat tinggal pasangan warga emas ini membuatkan Jamawi turut merasa sebak tanpa dapat menahan air matanya begitu bersimpati dengan nasip kedua pasangan ini.
Kemarin ( Rabu) ,tangisan kesedihan pasangan ini telah bertukar menjadi tangisan kegembiraan ekoran khabar gembira yang disampaikan oleh Jamawi kepada pasangan ini apabila kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KPLB) telah meluluskan permohonan untuk membina sebuah rumah baru dibawah program Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bersama empat pemohon yang lain di kawasan DUN Kembong.
![]() |
| Khabar gembira buat pasangan warga emas ini,Jamawi menunjukkan dan menyerahkan surat kelulusan kepada Aki Ukab |
" Saya bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan khususnya Menteri KPLB Datuk Sri Rina Harun yang telah meluluskan sebanyak lima buah PPRT untuk DUN Kemabong dan pasangan warga emas ini adalah antara penerima yang diberikan keutamaan kerana keadaan rumah mereka agak uzur dan Kritikal " katanya ketika ditemui di sini kemarin sambil menunjukkan surat kelulusan kepada pasangan ini selain membawa bahan bahan binaan bagi proses memulakan pembinaan rumah baru dibawah program bantuan PPRT untuk pasangan warga emas ini.
![]() |
| Air mata kegembiraan sekali lagi Aru Habit tidak dapat menahan air mata dengan keprihatinan Jamawi dan bantuan kerajaan yang diterimanya |
" Selepas rumah baru pasangan ini siap nanti mereka akan tinggal dalam suasana yang lebih selesa dan saya juga berterima kasih kepada banyak pihak terutamanya kepada satu pihak yang menamakan Grop "Rumah Kita" yang membuat kutipan kewangan untuk pasangan ini yang saya sampaikan hari ini' katanya
![]() |
| keadaan rumah pasangan warga emas ini serba usang tidak lama lagi akan digantikan dengan rumah baru dibawah program bantuan PPRT |
Jamawi berkata bagi permohonan yang lain ianya juga telah dan akan dikemukakan kepada kerajaan dimana keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang benar benar keadaan rumah mereka uzur dan kritikal sepertimana kes pasangan warga emas ini.
" Kita dahulukan pemohon yang dianggap terlalu kritikal dan mendesak untuk dibantu sementara yang lain kita akan selasai peringkat demi peringkat berdasarkan peruntukan yang diluluskan oleh kerajaan yang agak terhad dan saya akan terus menjejaki mereka yang wajar dibantu di kawasan ini" katanya.
![]() |
| Jamawi bersama pelaksana membawa bahan binaan untuk rumah baru pasangan warga emas ini |
Sehubungan dengan itu Jamawi berharap pemohon lain dapat bersabar menunggu giliran kelulusan permohonan mereka masing masing dimana usaha berterusan bagi memohon peruntukan dari kerajaan akan terus diperjuangkan.
Untuk rekod di DUN Kemabong sahaja setakat ini lebih dari seribu permohonan diterima di pejabat daerah kecil Kemabong.
FMB.com











0 ulasan:
Catat Ulasan