KOTA BELUD: Seorang ibu bertindak kejam apabila mengelar bayi lelakinya berusia 8 bulan sehingga maut selain turut mengelar tiga lagi anaknya dalam kejadian di sebuah kuarters pekerja berhampiran Pulau Mantanani, di sini, hari ini.
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 1.30 tengah hari dengan tiga lagi anaknya parah selepas dikelar di leher
menggunakan objek tajam.
Difahamkan, kejadian itu diketahui sepasukan anggota polis kira-kira jam 1.40 petang tadi selepas terserempak dengan seorang lelaki dalam keadaan berlumuran darah sewaktu mereka
melakukan rondaan di pulau terbabit.
Lelaki berkenaan kemudian memaklumkan kepada polis yang
isterinya telah bertindak mengelar empat anak mereka di kuarters pekerja terbabit.
![]() |
| Kuarters dimana kejadian berlaku |
Hasil pemeriksaan awal di tempat kejadian kemudian menemukan mayat seorang bayi lelaki manakala tiga lagi kanak-kanak turut ditemui terbaring dengan keadaan berlumuran darah di bahagian leher disyaki dicederakan suspek.
Suspek yang berusia 30-an turut ditemukan dalam keadaan berlumuran darah selepas disyaki cuba membunuh diri namun berjaya ditahan di lokasi kejadian.
Sepasukan anggota daripada Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah kemudiannya bergegas ke lokasi kejadian, petang tadi, untuk menjalankan pemeriksaan lanjut.
![]() |
| Kemungkinan senjata yang digunakan ditemui berhampiran tempat kejadian |
Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan bagaimanapun beliau menegaskan ianya masih lagi dalam siasatan.
Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Difahamkan juga, tiga lagi anak suspek yang dilaporkan parah sudah dihantar ke hospital berhampiran untuk menerima rawatan lanjut dan dikatakan dalam keadaan stabil.










0 ulasan:
Catat Ulasan