![]() |
| Jamawi bersama sebahagian rombongan XPDC bermotorsikal lasak di hadapan Batu Binatikan Kemabong |
KEMABONG : Usaha mempromosi dan memasarkan Kemabong sebagai distenasi pelancongan di negeri ini khususnya kawasan Pedalaman perlu dipergiatkan bagi memacu pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata ,selain promosi bagi memacu sektor pelancongan agar berdaya maju dan menjadi daya tarikan pengunjung dari dalam dan luar negeri ke kawasan ini,penambahanbaikan kemudahan asas seperti perhubungan jalanraya bekalan air,elektrik termasuk soal penginapan juga perlu diberikan perhatian.
" Saya yakin dengan adanya sistem perhubungan jalanraya yang baik dan selesa selain kemudahan asas yang lain dapat disediakan ianya dapat menarik dan memudahkan pergerakan orang ramai melawat untuk ke daerah ini khususnya di kawasan kawasan yang bersejarah " katanya ketika ditemui selepas mengakhiri program XPDC Batu Batu Binatikan 2018 dekat sini baru baru ini
![]() |
| Dapatan semasa program ziarah sempana XPDC sepasang warga emas Aki Ukab Ampulas dan pasanganya Aru Habit di kampung Bakuku yang perlu diberikan bantuan |
Jamawi berkata, Kemabong mempunyai jenama sendiri kerana selain mempunyai kawasan yang menarik dilawati seperti Batu Berukir Lumuyun (Batu Binatikan) yang mempunyai legenda dan sejarahnya sendiri yang masih kurang diketahui oleh masyarakat dari luar khususnya pelancung
' Saya yakin jika kemudahan asas dapat ditingkatkan terutamanya sistem perhubungan jalanraya ke kawasan berkenaan dan juga dipromosikan ,orang ramai khususnya pelancung akan datang ke kawasan ini dan dan ini sudah tentu turut menjana ekonomi negeri dan rakyat" jelas Jamawi
![]() |
| Dekat dihati rakyat Jamawi dan isteri disambut oleh penduduk kampung Tinura |
Sehubungan itu, Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berharap kerajaan dapat meningkatkan kemudahan asas terutamanya jalanraya agar dapat dinaik taraf selain, semua pihak yang berkenaan termasuk penggiat industri pelancongan dapat memainkan peranan untuk memastikan Kawasan Kemabong menjadi tumpuan pelancung
![]() |
| Khidmat masyarakat Jamawi turut mengunting rambut penduduk kampung salah satu pengisian program tersebut |
Mengulas program tersebut Jamawi berkata selain salah satu usaha mempromosikan Kemabong khususnya Batu Berukir Lumuyun sebagai distenasi pelancongan ianya juga merupakan program mendekati akar umbi bagi menyelami masalah rakyat dengan mengadakan program ziarah ke 10 buah kampung bagi mengenal pesti mereka yang perlu dibantu selain program dialog bersama komuniti setempat dan program khidmat sosial perkhidmatan kesihatan dan mengunting rambut.
![]() |
| Kraftangan hasil tangan penduduk kampung boleh dijadikan produk pelancongan |











0 ulasan:
Catat Ulasan