![]() |
| Jamawi bersama tenaga penganjur dan pelajar yang menyertai program tersebut |
KEMABONG : Penguasaan bahasa Inggeris perlu diperkukuhkan menerusi pelbagai kaedah, seiring dengan perkembangan pesat teknologi digital pada abad ke-21.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar , berkata pelbagai pendekatan dan program pendidikan khususnya dalam kaedah yang lebih berkesan dan efikitf khususnya dalam pengajaran bahasa Inggeris yang dilaksanakan oleh kementerian pelajaran menjadi antara platform bagi guru mahu pun ahli akademik mempraktikkan pengajaran bahasa Inggeris, sekali gus memperkayakan lagi pengetahuan menerusi perkongsian pengetahuan bersama pelajar
![]() |
| Jamawi menyampaikan cendra hati kepada salah seorang pengerak program |
"Kita sudah ke arah digital. Apabila bercakap soal globalisasi, guru perlu mempunyai rentak kerana pergerakan ilmu itu sedang rancak berubah.
"Kita memerlukan seorang guru di sekolah yang boleh menarik minat pelajar untuk menguasai bahasa ini.
" Guru perlu lebih kreatif dan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran," katanya selepas menyempurnakan program Tenom District Level English Camp anjuran Sk Tilis dekat sini baru baru ini.
Yang turut hadir, wakil Pegawai Pendidikan Daerah Tenom Nurul Atiqah Abdullah,Guru Besar Sk Tilis Matias Thomas Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang dan Yang Dipertua PIBG Sk Tilis Yambaris Muli
![]() |
| Jamawi disambut tiba untuk merasmikan program teraebut |
Menurut Jamawi yang juga bapa angkat kepada Sk Tilis penganjuran program seperti ini merupakan satu pendekatan positif yang bertujuan menambah baik pengajaran di samping memperkasakan penguasaan peserta dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Dalam perkembangan yang lain Jamawi juga berharap ibubapa guru guru dan para pelajar mengakis presepsi sekolah di kawasan luar bandar sukar bersaing dalam mencapai kecermalangan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
Mengambil contoh Sk Tilis yang terletak di kawasan luar bandar pada tahun 2015 telah diiktiraf sebagai sekolah kluster yang merupakan pencapaian terbaik boleh dijadikan contoh oleh sekolah sekolah di kawasan luar bandar yang lain di negeri ini.
" Saya yakin dan percaya dengan kesungguhan kerjasama erat dikalangan guru guru,ibubapa pelajar dan semua pihak ,hasrat sekolah ini untuk menjadi sekolah berprestasi tinggi menjelang tahun 2020 akan dapat dicapai dan sebagai bapa angkat juga Adun di kawasan ini saya akan terus memberikan sokongan padu setiap program pendidikan di daerah ini " katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan