Isnin, 7 Oktober 2019

PBBS BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP PEMILIK AKAUN FACEBOOK HINA MASYARAKAT BISAYA



Dr.Siti Aidah Haji Lukin Timbalan Presiden PBBS


Oleh: Qu Awin

KOTA KINABALU :Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) membuat laporan Polis berhubung tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook  yang  menghina Masyarakat Bisaya di negeri ini khususnya dari Beaufort sebagai  pendatang tanpa izin (PTI)

Timbalan Presiden PBBS Dr.Siti Aidah Haji Lukin berkata, tuduhan suku kaum Bisaya sebagai PTI dan Bisaya Beaufort dari Filipina adalah kesilapan fakta yang menjejaskan imej bangsa Bisaya.


"Bisaya  Sabah ialah etnik peribumi Sabah yang dikategorikan sebagai Orang Asal di Sabah. Jadi tindakan individu ini cuba mengelirukan umum dengan posting di Media Sosial  boleh menimbulkan kemarahan orang Bisaya dan menjejaskan keharmonian masyarakat pelbagai etnik di Sabah" katanya dalam satu kenyataan melalui aplikasi WhatsApp di sini kemarin.



Sebahagian dari Ahli Majlis Tertinggi PBBS selepas membuat laporan Polis.

Dalam status di media sosial (Facebook), pengguna yang menggunakan nama  'Mohd Khdir’ bertindak memuat naik kata-kata yang menghina Suku kaum Bisaya di Beaufort sebagai keturunan (PTI) dari Filipina.

"PBBS , meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas kepada pemilik akaun  yang menghina  masyarakat Bisaya di negeri ini" katanya 

Turut membuat laporan Polis ialah Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kampung Lajau Ajun Atin
Pengerusi MPKK kampung Lajau Ajun Atin menunjukkan salinan laporan polis ketika beliau membuat laporan di ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort

Menurut Atin  suku kaum Bisaya merasakan status yang dimuat naik yang menyamakan bangsa (Bisaya) sebagai (PTI) merupakan satu penghinaan kepada masyarakat Bisaya di negeri ini

" Kenyataan pemilik akaun Halaman Sosial  'Mohd Khdir’ tidak sepatutnya dilakukan terhadap bangsa kami sebagai bumiputera tulin di negeri ini" katanya ketika dihubungi selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Beaufort kemarin.

Menurut Atin yang juga Pengerusi Biro Kebudayaan parti Warisan Bahagian Beaufort sebagai rakyat sama taraf bumiputera di negara ini tidak sepatutnya membuat penghinaan sebegitu rupa terhadap kaum lain.

“Kaum Bisaya dilihat tidak dihormati sedangkan negara ini mempunyai rakyat berbilang kaum yang sepatutnya menghormati antara satu sama lain," katanya

Sehubungan dengan itu beliau meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan kaum lain.

“Kami sebagai Orang Bisaya tidak mahu perkara yang menyakitkan hati kaum kami ini berulang,” katanya.


1 ulasan:

  1. Visayas is one of the Philippines' 3 main island groups. In Central Visayas, Cebu City’s Spanish colonial architecture includes the triangular Fort San Pedro and the Basilica del Santo NiƱo. Bohol Island’s Chocolate Hills are a group of more than 1,000 conical, grass-covered mounds that turn brown in the dry season. In Corella, rare bug-eyed primates called tarsiers are protected at the Philippine Tarsier Sanctuary.

    Bisaya is rural etnic from Sabah...

    BalasPadam