![]() |
| Arifin sempat berbincang dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng selepas pembentangan Bajet 2020 baru baru ini. |
MEMBAKUT : Peruntukan terbesar Belanjawan 2020 yang diberikan kepada Kementerian Pendidikan sebanyak dalam RM64.1Bilion dalam pembentangan yang dibuat Menteri Kewangan Lim Guan Eng baru baru ini , disifatkan tepat pada masanya.
Menurut Wakil Rakyat Kawasan Membakut Haji Mohd Arifin Arif dari jumlah tersebut sejumlah RM735 juta peruntukan bagi menyelenggara dan menaik taraf sekolah-sekolah daif di negeri ini.
" Peruntukan sebanyak RM735 juta untuk menyelenggara sekolah sekolah daif ,kita berharap keutamaan akan diberikan kepada sekolah sekolah di daif di luar bandar di negeri ini yang memerlukan penyelenggaraan segara " katanya ketika dihubungi di sana bagi mengulas Bajet 2020 khususnya dalam sektor pendidikan.
" Dengan ada peruntukan seperti ini kita berharap ianya dapat meningkatkan prestasi guru dan murid di seluruh negara.
![]() |
| Arifin sempat mengemukakan soalan semasa majlis Taklimat Bajet 2020 di Parlimen baru baru ini. |
Menurut beliau lagi peruntukan itu akan mewujudkan suasana sekolah yang kondusif.
“Banyak keadaan sekolah kita yang tidak selesa. Bukan sahaja di kawasan luar bandar atau pedalaman, tetapi juga sekolah di bandar.
"Dengan adanya peruntukan ini, semua sekolah kita akan ada suasana yang baik untuk pembelajaran dan pengajaran," tambahnya.
Arifin juga turut mengulas bantun pendidikan dalam bentuk bekalan makanan, buku teks dan bantuan tunai sejumlah RM2.9 bilion akan memastikan tiada pelajar yang tercicir kerana kesempitan hidup.
“Pelajar miskin tidak sepatutnya terpinggir untuk mendapat pendidikan yang berkualiti, tetapi malangnya kita dapati ramai pelajar yang kurang berkemampuan akan tercicir untuk mendapatkan kualiti pembelajaran yang baik,” katanya.
Sehubungan dengan itu Arfin berharap dengan peruntukan dan bantuan ini proses persekolahan pelajar miskin akan dapat dimudahkan dan mereka akan terus bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran.
Tambahnya, pelajar miskin memerlukan sokongan yang lebih berbanding pelajar daripada keluarga kelas menengah dan atas.








0 ulasan:
Catat Ulasan