![]() |
| Jamawi menyampaikan sumbangan kepada Pusat Operasi RELA Kampung Bakuku |
KEMABONG : Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) khususnya di daerah ini digesa supaya lebih proaktif dan komited dalam melaksana tugas masing-masing.
Wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, RELA memain peranan penting dalam usaha membantu menjaga keamanan dan kemakmuran rakyat negeri ini.
![]() |
| Jamawi bersama isteri disambut meriah oleh anggota RELA sejurus tiba ke program tersebut |
Jamawi berkata sebagai sebuah organisasi yang dianggarkan mempunyai lebih kurang 3 juta anggota diseluruh negara , RELA telah memperlihatkan komitmen mereka dalam mempertahankan agenda besar negara.
"Penubuhan RELA pada 11 Jan 1972 adalah untuk menggembleng tenaga rakyat bagi memastikan keselamatan dan keamanan setempat, namun kini peranan pasukan sukarelawan itu diperluaskan kepada membantu usaha membasmi jenayah, menjaga keselamatan dan keamanan negara, bersama pasukan keselamatan awam" katanya ketika ditemui selepas meninjau Pusat Operasi RELA di kampung Bakuku dekat sini baru baru ini.
Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata, tenaga RELA, bersama dengan pasukan keselamatan awam yang lain, juga digunakan bagi menghadapi sebarang bencana alam yang berlaku.
![]() |
| Jamawi bersalaman dengan anggota RELA yang menunggu ketibaan beliau ke majlis tersebut. |
Sehubungan dengan itu Jamawi mahukan imej RELA ditingkatkan lagi dengan penglibatan lebih ramai anggota, tanpa mengira batasan kaum termasuk dari bandar dan luar bandar.
Katanya misi RELA ialah melindungi masyarakat daripada pelbagai anasir jahat termasuk gejala sosial dan jenayah.
“Justeru, saya ingin menegaskan di sini bahawa RELA perlu sentiasa menjaga disiplin komited dan sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia menghadapi sebarang perkara berlaku,” katanya.









0 ulasan:
Catat Ulasan