![]() |
| Sasterawan Negara Zurinah Hassan ,Kelama , Penagarah DBP Cawangan Sabah Aminah dan Dr. Ramzah bersama ahli ahli Yang Berhormat yang menyertai program tersebut |
Kebiasaanya penganjuran majlis membaca puisi hanya mendapat penyertaan dari kalangan penyair ,penulis pelajar sekolah dan kalangan generasi muda lazimnya kurang mendapat perhatian dari segenap masyarakat.
Berbeza dengan penganjuran program Santai Puisi Bersama dua tokoh Sasterawan Negara Datuk Zurinah Hassan dan Ahmad Kamal Abdullah atau lebih dikenali sebagai (Kemala) anjuran bersama Unversiti Malaysia Sabah (UMS) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah baru baru ini di Anjung Siswa UMS kehadiran empat tokoh bergelar Ahli Yang Berhormat (YB) turut menceriakan lagi majlis tersebut.
![]() |
| ADUN Kemabong Jamawi Jaafar turut mendeklamasikan puisinya berjudul "Kemabong Onsoi" di majlis tersebut. |
Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Haji Ismaily Bungsu berjaya membawa empat tokoh bergelar YB ini untuk sama sama beraksi di pentas utama mendeklamasikan puisi pilihan mereka masing masing.
Empat tokoh YB yang dimaksudkan itu ialah Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Azhar Datuk Haji Matussin ,Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Mohammad Mohamaddin,Adun Kemabong Jamawi Jaafar dan Adun Pitas Datuk Bolkiah Ismail.
![]() |
| Empat Ahli Yang Berhormat dari kiri Jamawi,Mohamad,Bolkiah ,Dr Ramzah Azhar dan Ismaily Bungsu |
Usaha membawa tokoh tokoh ahli yang berhormat dalam acara seperti ini sudah tentu berjaya mengubah pandangan skeptikal terhadap majlis pembacaan puisi.
![]() |
| Turut beraksi Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Datuk Ismaily Bungsu |
Menurut Ismaily bertitik tolak dari penyertaan empat ahli Yang Berhormat dalam acara seperti ini sebagai pendekatan memasyhurkan majlis baca puisi dalam skala yang lebih besar pada penganjuran akan datang.
" Usaha untuk melibatkan pemimpin dalam acara kesusasteraan khususnya persatuan persatuan penulis di negeri ini perlukan diteruskan bagi melestarikan lagi program kesusasteraan" jelas Ismaily
![]() |
| Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Azhar Datuk Matussin turut mendeklamasikan puisinya |
Sementara itu bagi wakil Rakyat Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata ,walaupun beliau jarang terlibat secara langsung dengan kegiatan seperti ini,namun beliau sentiasa mengikuti perkembangan kesusasteraan di negeri ini dan beliau berpandangan majlis seperti ini mampu mengangkat martabat puisi sebagai medium penyatuan dan perpaduan semua peringkat masyarakat.
“Alhamdulillah, kami sangat bersyukur dan berterima kasih kerana diberikan peluang untuk bersama dalam acara seperti ini untuk berkongsi harapan dan aspirasi yang sama untuk menghidupkan kembali budaya berpuisi sebagai warisan bangsa yang mempunyai nilai estetika tinggi,” katanya
![]() |
| Hasyuda Abadi antara penyair yang turut menyumbangkan deklamasi puisi pada majlis tersebut. |
Untuk edisi kali ini, empat tokoh pemimpin ini telah
menterjemahkan rasa kasih dan sayang aspirasi mereka kepada rakyat terhadap negara dan pembangunan di kawasan yang diwakili menerusi persembahan istimewa masing-masing.
Perkara ini dapat diteliti dari Puisi Jamawi yang berjudul "Kemabong Onsoi" yang dideklamasikan pada majlis tersebut yang sedikit sebanyak menyentuh pembangunan khususnya dalam sektor pelancongan di kawasan Kemabong selain harapan rakyat terhadap keperluan beberapa pembangunan lain di kawasan itu.
![]() |
| Pelajar pelajar UMS merakamkan gambar kenangan bersama dua Sasterawan Negara dan tetemu yang hadir pada majlis tersebut |
Selain Zurinah Hassan,Kemala dan empat tokoh pemimpin ,majlis pada malam tersebut juga turut menyaksikan persembahan deklamasi puisi dari Datuk Ismaily Bungsu , Hasyuda Abadi,Datu Ruslan Sulai Yatim Ahmad, dan pelajar pelajar UMS.
Turut hadir di majlis tersebut Timbalan Naib Canselor UMS Prof Madya Dr Ramzah Dambul , Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan













0 ulasan:
Catat Ulasan