Rabu, 2 Oktober 2019

Peranan MARA masih relevan

Jamawi bersama penganjur guru guru yang menghadiri program tersebut.

KEMABONG  – Kerajaan negeri memperakui dan mengiktiraf jasa dan usaha Majlis Amanah Rakyat (MARA) dalam menerajui transformasi bangsa seiring dengan hasrat kerajaan memartabatkan Bumiputera terutamanya dalam sektor keusahawanan dan pendidikan.

Ahli Dewan undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar  berkata MARA  yang kini menjangkau usia 53 tahun masih kekal dan relevan.

Menurutnya, pencapaian MARA amat signifikan terutamanya dalam sektor keusahawanan dan pendidikan malah fungsinya jelas seiring matlamat utama Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Saya percaya, MARA sentiasa berusaha agar rakyat khususnya masyarakat Bumiputera dapat menikmati kesan langsung daripada setiap program yang dilaksanakan berpaksikan kepada keperluan dan kehendak rakyat.

“Di samping itu juga, ia bertujuan untuk memastikan proses pembangunan luar bandar khususnya pendidikan Bumiputera berada pada landasan yang betul,” katanya dalam ucapan sempena perasmian Jelajah Pendidikan luar bandar 2019 selangkah ke Ipma di dewan SMK Kemabong baru baru ini.
Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur selepas merasmikan majlis tersebut .


Jamawi berkata melalui , Program tersebut pelajar khususnya yang berada di luar bandar secara lebih dekat berpeluang mengetahui peluang peluang pendidikan yang disediakan oleh MARA dimana  sebanyak lapan buah institusi pendidikan dibawah MARA iaitu Unversiti Kuala Lumpur ,KUPTM,KPTM ,KKTM,KPM,GMI MJII IKM dan Giat MARA menjadi pilihan mereka berdasarkan kelulusan dan minat mereka terhadap kursus kursus yang ditawarkan di institusi berkenaan.

" Banyak peluang pendidikan yang disediakan oleh MARA selain bantuan biasiswa bagi pelajar yang cemerlang yang seharusnya dimanfaatkan oleh pelajar dengan belajar bersungguh sungguh bagi mencapai kejayaan dan kecermalangan dalam bidang pendidikan" katanya .

Jamawi turut menyampaikan sumbangan kepada Pengetua SMK Kemabong sempana program tersebut 

Selain itu menurut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, peluang bagi pelajar  yang kurang cemerlang juga terbuka luas dalam bidang kemahiran dimana MARA melalui Pusat Giat MARA dan IKM juga menawarkan pelbagai kursus kemahiran 

Tambah Jamawi melalui kursus kursus kemahiran yang disediakan oleh MARA sebaik sahaja pelajar menamatkan pengajian mereka ,peluang untuk  mereka menceburi bidang perniagaan terbuka luas dimana mereka boleh memilih bidang yang dipilih untuk memulakan perniagaan.

" Selain pengalaman yang diberikan oleh MARA melalui kursus yang disertai MARA juga menyediakan geran pinjaman untuk mereka memulakan perniagaan" katanya 

Menurut Jamawi lagi MARA akan terus komited dalam memperkasakan usahawan Bumiputera dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan latihan bagi merangsang sosioekonomi Bumiputera di Malaysia

Beliau berkata, kerajaan sememangnya amat peka terhadap keperluan sokongan bagi membolehkan lebih ramai Bumiputera menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dan oleh sebab itulah, MARA selaku agensi terpenting dalam ekosistem keusahawanan memperuntukkan bajet yang besar dalam perkara ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan