Jumaat, 11 Oktober 2019

KEMABONG DIPILIH SEBAGAI PUSAT KAJIAN (UNDP)


Jamawi membawa rombongan Juru Perunding (UNDP) melawat ke Rundum Highlands.

KEMBONG:  Sebuah Juruperunding Antarabangsa dan Tempatan United Nation Development Program (UNDP) memilih daerah ini sebagai  salah satu pusat kajian bagi pengumpulan maklumat bagi sistem makanan,penggunaan tanah dan program impak pemulihan (Food Systems, Land Use & Restoration Impact Programe)


Jamawi (duduk tengah) ketika mendengar taklimat dari wakil Juru Perunding tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata kajian ini dijangka akan dimulakan pada tahun 2021 dibawah pembiayaan United Nation.

" Kita mengharapkan hasil kajian ini dapat membantu melonjakkan pembangunan yang lebih mampan khususnya dalam sektor pertanian dan pelancongan di kawasan ini " katanya ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama juruperunding tersebut di bilik mesyuarat pejabat daerah kecil Kemabong baru-baru ini.

Jamawi berbincang dengan rombongan tersebut semasa melawat Rundum Highlands.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kemabong  Djamaludin Kamarudin, Penolong Pegawai  Daerah Tenom, Martinus Lunggeh dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kemabong Burnley Balang dan Pegawai Perhutanan Tenom dan Keningau 


Menurut Jamawi dalam mesyuarat tersebut beliau telah membentangkan halatuju perancangan Kemabong  untuk impian dan harapan rakyat  Kemabong  bagi jangkamasa  lima tahun akan datang.

" Penjelasan ini saya harap dapat membantu kajian mereka yang sudah tentu memberikan impak positif untuk kemajuan di daerah ini" jelas Jamawi


Jamawi dan penduduk kampung Rundum Highlands merakamkan gambar kenangan bersama rombongan tersebut

Dalam pada itu Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong kerajaan berkata,Juruperunding UNDP juga amat teruja dengan kebolehan dan kemajuan Pelancongan Komuniti yang baru berusia lebih kurang setahun di Marais Centre  dan Rundum Highlands. Alam sekitar dan keindahan alam semulajadi yang sukar di temui di tempat lain.

Selepas mengadakan mesyuarat Jamawi turut membawa rombongan juruperunding tersebut melawat beberapa kawasan menarik di Kemabong antaranya Marais Center dan Rundum Highlands.






0 ulasan:

Catat Ulasan