Rabu, 23 Oktober 2019

JANGAN PINGGIRKAN GOLONGAN OKU:JAPLIN

Japlin menyampaikan cendera kenangan kepada moderator program 

KOTA BELUD: Masyarakat perlu menghakis sikap yang boleh menghalang sama ada dalam bentuk fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi yang boleh menghambat penyertaan serta penglibatan OKU dalam hidup bermasyarakat.

Ahli Dewan undangan negeri  kawasan Usukan Datuk Japlin Haji Akim berkata, adalah menjadi tanggungjawab sebagai masyarakat yang inklusif untuk membantu bagi menghapuskan apa bentuk halangan termasuk sikap dan persekitaran dalam memastikan golongan ini dapat hidup sama rata.


"Dengan adanya perhatian dan latihan berterusan tidak mustahil Orang Kelainan Upaya (OKU) mampu berdikari dan memberi sumbangan kepada masyarakat" katanya ketika berucap merasmikan program Pendidikan Khas Integrasi (PPK) peringkat  daerah di dewan SMK Arshad dekat sini baru baru ini.

Menurut Japlin yang juga Ketua Penaja Bersatu bahagian Kota Belud kejayaan golongan OKU dalam pelbagai bidang sudah terbukti dimana mereka bukan sahaja mengukir nama di dalam negeri malah di pentas dunia dengan bakat yang mereka miliki masing masing 


Dalam pada itu Japlin juga turut meminta majikan di  negeri  yang menggajikan pekerja dalam kalangan OKU untuk tidak mengabaikan elemen pengupayaan sosial, antaranya menekankan elemen reka bentuk sejagat dan penyediaan sistem sokongan yang berorientasikan kepada keperluan seseorang pekerja," katanya.

" Kita berharap majikan dapat menyediakan kemudahan yang sesuai ditempat bertugas golongan OKU ini bagi memudahkan serta melicinkan lagi tugas mereka seharian" katanya.






0 ulasan:

Catat Ulasan