MEMBAKUT: Slogan"Membangun dengan ilmu" bukan sekadar slogan tapi ianya perlu dilaksanakan secara kolektif antara pihak sekolah guru guru,pelajar dan ibu bapa pelajar.
Ahli Dewan Undangan kawasan Membakut Datuk Haji Mohd.Arifin Arif berkata masyarakat
harus menyedari pendidikan merupakan aset yang cukup penting dan mampu mengubah taraf hidup sama ada anak itu sendiri keluarga, masyarakat dan negara
![]() |
| Arifin (tengah) bersama guru guru dan pelajar sekolah menengah di Membakut dalam program Jejak Ilmu 2019 edisi ke 10 |
Beliau berkata,menyedari hakikat ini sebaik sahaja beliau dipilih menjadi wakil rakyat di kawasan itu, pendidikan merupakan antara fokas utama dengan gagasan " Membangun dengan Ilmu " bagi meningkatkan lagi tahap kecermalangan pendidikan khususnya di kawasan Membakut
Katanya, isu kemiskinan di luar bandar akan berlarutan jika pendidikan masih tidak menjadi keutamaan
“Ini kerana hanya pendidikan dapat mengubah kehidupan seseorang itu lebih baik dan jika anak-anak kita berjaya dalam pendidikan sudah pasti mereka boleh mengubah keadaan ekonomi keluarga" katanya ketika ditemui selepas melakukan program Jejak Ilmu 2019 edisi ke 10 yang diadakan di sekitar Membakut kemarin.
Dalam Program Jejak Ilmu 2019 itu, Arifin meluangkan masa menyampaikan amanat serta kata-kata semangat kepada calon-calon di tiga buah sekolah di Membakut iaitu di Sekolah Menengah (SM) St Patrick Membakut, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Membakut dan SMK Membakut 2.
Menurut Arifin bagi merealisasikan gagasan Membangun dengan ilmu sebahagian dari peruntukan ADUN Setiap tahun turut diagihkan ke sekolah sekolah rendah dan menengah di kawasan itu bagi membantu merangsang pelbagai program pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak sekolah.
" Selain itu saya juga menjadualkan lawatan ke semua sekolah di kawasan ini bagi melihat perkembangan disamping memberikan motivasi kepada para pelajar serta memberikan bantuan kepada pelajar pelajar dari kawasan ini yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi" katanya
Sehubungan itu, Arifin menggesa agar ibubapa khususnya PIBG di semua sekolah dalam kawasan itu supaya bersama-sama berusaha untuk membangunkan pendidikan di sekolah masing-masing.
“Hanya melalui sokongan PIBG dapat merealisasikan usahanya membangunkan mutu pendidikan termasuk kemudahan dan prasarana sekolah dengan lebih baik,” katanya.
Dalam pada itu ketika memberikan motivasi kepada pelajar beliau berharap pelajar terutama calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi akan melakukan dengan sebaik mungkin demi merubah kehidupan masing-masing ke arah yang lebih baik serta demi kemajuan Membakut itu sendiri.








0 ulasan:
Catat Ulasan