Sabtu, 19 Oktober 2019

JADIKAN AL QURAN SEBAGAI PETUNJUK

Jamawi menyampaikan sijil penghargaan kepada Tokoh Maal Hijrah  Daerah Tenom Kassim Haji Yunus sempana majlis tersebut.

TENOM: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, Al Quran adalah  manual kehidupan dan kitab petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya

Katanya, Al-Quran adalah hidayah dan petunjuk dalam pelbagai persoalan kehidupan manusia. Ia memberi panduan mengenai dasar asasi dan utama persoalan dalam setiap bidang kehidupan.

" Jika umat Islam menjadikan Al Quran sebagai rujukan dengan mempelajari mendalami dan memahami agama Islam yang benar mengikut kefahaman al-Quran, hadis, ijmak dan qiyas sudah pesti  penghijrahan dalam mencapai kecermalangan hidup baik di dunia dan di akhirat akan tercapai " katanya ketika berucap merasmikan Tilawah AL Quran dan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Daerah Tenom dan Kemabong di dewan terbuka Masjid Ar Rahman pada Jumaat.

Jamawi menyampaikan replika cek sumbangan kepada Klas Bimbingan Saudara baru sempana majlis tersebut.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Tenom Mas Syazwan Masood  Ketua Usia Bahagian Tenom Piduman Haji Abdul Majid  Penolong Pegawai Takbir JHEAINS Tenom Mohd Yakub Ismail dan  Pengerusi Masjid Ar Rahman Tenom Suraimi Magi.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Sabah berkata , Umat Islam hari ini sepatutnya mensyukuri nikmat hijrah yang dikecapi kerana ia membuka lembaran baharu apabila ajaran Islam mula diterima dan tersebar secara meluas.

“Hijrah Nabi Muhammad SAW adalah untuk menyatukan dan memperkuatkan umat Islam dengan Islam yang memimpinnya" katanya

Jamawi menyampaikan cendera kenangan kepada penceramah agama jemputan ustaz Malai Ali Malai Ahmad  sempana majlis tersebut.


Dalam konteks ini  tambah beliau umat Islam hari ini, sewajarnya menjadikan  Baginda dicontohi kerana berjaya menyatukan umat atas dasar politik Islam

Jamawi menambah setiap Umat Islam perlu   bersatu atas nama Islam, dan jika berselisih atau berbeza pandangan sekali pun, jadikan al-Quran dan sunah sebagai rujukan.

Dalam pada itu Jamawi yang juga Ketua Belia Usia Sabah meminta umat Islam agar menjadikan masjid sebagai sumber ilmu.

Katanya Masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadah namun aktivitinya perlu dipelbagaikan merangkumi kegiatan  dakwah ,pendidikan ekonomi dan juga kemasyarakatan

" Jawatankuasa masjid perlu menyusun dan mengatifkan pelbagai program yang boleh menarik penyertaan masyarakat Islam khususnya golongan muda untuk mendekati masjid" katanya.

Jamawi menerima cendra kenangan dari pengerusi penganjur Mas  Syazwan Masood

Pada majlis tersebut Jamawi juga turut menyampaikan Anugreh Tokoh Maal Hijrah Daerah Tenom yang diberikan kepada Kassim Haji Yunus dan juga sumbangan kewangan kepada  beberapa buah pertubuhan Islam antara yang menerimanya Usia bahagian Tenom,Kafa Tenom,Badan Dakwah Daerah Tenom dan Klas Bimbingan Saudara baru (Muallaf).








0 ulasan:

Catat Ulasan