KOTA KIANABALU : UMNO Sabah menyokong penuh tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mewartakan Perintah larangan terhadap tiga penerbitan bertajuk 'Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama', serta versi bahasa Inggeris 'Belt & Road Initiative For Win-Winism' dan versi bahasa Cina.
Pengerusinya Dato' Sri Bung Moktar Radin (gambar) berkata Langkah tersebut dianggap tepat pada masanya apatah lagi memandangkan kandungan penerbitan ini antara lain cuba mempromosikan idealogi Komunisme dan Sosialisme
Selain itu tambah Bung ia juga turut menyebarkan fakta yang salah dan mengelirukan tentang Komunis serta mengandungi mesej halus membangkitkan sokongan dan simpati terhadap perjuangan Komunis.
"Buku komik ini juga boleh menimbulkan keraguan kepada pembaca khususnya generasi muda tentang sejarah Malaysia, seterusnya mempertikaikan usaha serta perjuangan tokoh atau pemimpin negara terdahulu dalam memperjuangkan kemerdekaan dan membangunkan negara,
" Justeru langkah KDN melarang penerbitan dan pengedaran buku ini kita sokong dimana jika dibiarkan perbuatan provokatif seumpama itu akan berterusan dan akibatnya akan timbul perlawanan daripada pihak awam, sekali gus akan mencetuskan suasana tidak tenteram dalam negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini kemarin
Menurut Bung yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan pihak polis juga wajar membuka kertas siasatan terhadap semua pihak yang telah terlibat dalam menghasilkan komik ini bermula dari pelukis karikatur komik ini iaitu Hew Kuan Yau dan Chong Po Ling bahkan juga individu yang telah menulis kata-kata aluan di dalam komik ini iaitu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
" Tidak ketinggalan siasatan juga perlu dilakukan terhadap pihak-pihak dalaman Kementerian Pendidikan yang menjadi dalang sehingga membolehkan komik ini diedarkan di sekolah-sekolah rendah seluruh negara" tambah Bung







0 ulasan:
Catat Ulasan