Isnin, 14 Oktober 2019

NAIK TARAF LANDASAN KERETA API HALOGILAT TENOM MAMPU JANA PERTUMBUHAN EKONOMI RAKYAT


Jamawi bersama isteri disambut meriah oleh penduduk kampung  

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata peruntukan 50 juta  untuk menaik taraf landasan keretapi antara stesen Halogilat ke Tenom bukan sahaja meningkatkan pengangkutan awam sekali gus ia mampu menjana  pertumbuhan  ekonomi masyarakat setempat   

Katanya  ,jaringan sistem pengangkutan awam yang baik turut memberikan impak kepada positif kepada 
beberapa sektor lain seperti pelancongan dan pertanian.

"Pengumuman  peruntukan sebanyak 50 juta dari kerajaan pusat dalam Bajet 2020 untuk menaik taraf landasan kereta api antara Halogilat ke Tenom bukan sahaja memberikan keselesaan kepada pengguna di kawasan ini tapi menjadi alternatif  perjalanan bagi pelancong  menggunakan pengangkutan  kereta api untuk berkunjung ke  daerah Tenom dan Kemabong dan melawat beberapa tempat menarik di kedua dua  buah daerah ini " katanya


Jamawi dipakaikan selindang tradisi sejurus tiba ke majlis tersebut.

Beliau berkata demikian  ketika ditemui selepas hadir di program bersama masyarakat di kampung Magunsop dekat sini kemarin dan diminta mengulas peruntukan yang diluluskan oleh  kerajaan  dalam Bajet 2020 sebanyak 50 juta untuk menaiktaraf landasan keretapi antara Halogilat ke Tenom.


Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak 50 juta bagi kerja kerja menaik taraf ini  ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat baru baru ini.

Dalam pada  itu Jamawi  juga berharap bukan sahaja laluan yang dinaik taraf namun gerbak gerbak penumpang kereta api juga perlu dinaik taraf agar pengguna lebih selesa menggunakanya.

" Sudah tentu rangkaian pengangkutan awam yang sempurna lebih ramai lagi rakyat di kawasan ini  akan mendapat peluang untuk mengubah taraf ekonomi dan kualiti hidup mereka" katanya


Jamawi menginjak bilon sebagai simbol perasmian majlis tersebut

Terdahulu berucap di majlis tersebut Jamawi mengajak rakyat khususnya di kawasan itu mengekalkan memontum perpaduan di kalangan mereka .

Katanya rakyat yang hidup bersatu padu dan harmoni  dapat membantu usaha usaha kerajaan membawa lebih banyak program pembangunan ke kawasan itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan