Sabtu, 19 Oktober 2019

SASARAN SEPULUH BUAH KAMPUNG DI KEMABONG DIMAJUKAN SEBAGAI PUSAT PELANCONGAN KOMUNITI

Jamawi tertarik dengan hasil kraftangan yang diusahakan oleh penduduk kampung Marais.

KEMABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan ini Jamawi Jaafar mensasarkan sekurang-kurangnya 10 buah kampung dapat ditonjolkan sebagai pusat pelancongan komuniti .

Katanya, setakat ini dua buah kampung sudah mula dikenali dikalangan pelancong dalam dan luar negeri   sebagai pusat pelancongan Komuniti iaitu Marais Center Di kampung Marais dan Rundum Highlands di kampung Rundum.

"  Kejayaan dua buah kampung ini akan  dijadikan contoh untuk memperhebatkan lagi usaha membangunkan  beberapa buah kampung di daerah ini yang berpotensi sebagai pusat pelancongan komuniti berdasarkan kepada sumber alam dan budaya yang ada di kampung berkenaan" katanya ketika ditemui selepas merasmikan kursus dan lawatan sambil belajar Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Marais Centra dekat sini kemarin.


Jamawi ketika menyampaikan amanat ke pengerusi pengerusi MPKK yang menyertai kursus tersebut

Menurut Jamawi bagi membangunkan kawasan Kemabong bukan sahaja dari keutamaan kepada  pembangunan insfrastrukturnya, namun pembangunan modal insan juga turut diberikan perhatian agar nikmat kemajuan dapat dikongsi bersama oleh rakyat khususnya dalam menjana taraf siso ekonomi mereka seharian .
Jamawi bersama para peserta yang menyertai kursus dan lawatan tersebut


Jamawi berkata dua sektor iaitu pelancongan dan pertanian adalah antara dua sektor yang berdaya maju diusahakan  di kawasan ini, justeru beliau berharap rakyat khususnya di kawasan ini  berfikiran kreatif dan berinovasi merebut peluang yang ada.

Ketika mengulas program  tersebut Jamawi yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata  kursus dan lawatan tersebut melibatkan dua fasa dan disertai  58 buah MPKK di DUN Kemabong .

" Selain memantapkan kepimpinan MPKK kita di kawasan ini , saya berharap kursus ini memberikan ruang kepada mereka untuk bertukar tukar fikiran untuk memajukan kampung masing masing" katanya.








0 ulasan:

Catat Ulasan