Khamis, 17 Oktober 2019

KEMABONG BERGEGAR dengan kehadiran lebih dari 400 buah kereta pacuan empat roda

Lebih dari 400 buah kereta pacuan empat roda pelbagai bentuk  dan jenama akan berkampung di Kemabong

KEMABONG: Pekan kecil Kemabong kira kira 31 kilometer dari Pekan Tenom dan 145 Kilometer dari Kota Kinabalu sekali lagi akan menjadi tumpuan ramai  apabila lebih dari  seribu orang peserta dan 400 buah kereta pacuan empat roda dari  pelbagai bentuk dan jenama datangnya dari dalam dan luar negara  akan berkampung di daerah ini.

Mereka adalah peserta yang menyertai pertandingan  kejohanan Sukan lasak kenderaan pacuan empat roda (4X4) Borneo Safari  dan memilih Pekan Kemabong sebagai salah satu distenasi persinggahan kejohanan tersebut.

Memberi tahu perkara ini Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kejohanan yang berprestij ini  berlangsung  pada penghujung bulan ini 29 dan 30 Oktober  ini.

Jamawi menerima cendera kenangan dari penganjur Borneo Safari 

" Hasil pertemuan saya dengan jawatankuasa penganjur Borneo Safari mereka bersetuju memilih daerah kecil Kemabong sebagai lokasi persinggahan dan saya akan meraikan peserta dalam majlis makan malam dan malamn kebudayaan di dataran Kemabong pada malam 30 Oktober ini" katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat jawatankuasa penganjur di bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Kemabong baru baru ini.

Hadir sama Pengerusi Penganjur George Tinker Pengerusi dan  Kelab 4x4 Tenom Victor Lim.

Jamawi ketika mengadakan perbincangan bersama penganjur Borneo Safari 2019

Menurut Jamawi beliau berbesar hati kerana pihak penganjur memilih daerah Kecil Kemabong  sebagai lokasi persinggahan dimana ianya dapat memperkenalkan daerah ini kepada masyarakat khususnya peserta dari luar negara selari dengan hasrat beliau untuk menjadikan Kemabong sebagai lokasi menarik untuk dilawati oleh pelancong .

Jamawi berkata, penganjuran acara sukan lasak kereta 4X4 bukan sahaja boleh menyediakan peluang dan platform terbaik khasnya kepada para peminat dan penggiat sukan ekstrem itu, malah ia dilihat amat berpotensi menarik kehadiran ramai pengunjung untuk datang ke daerah Kemabong

"Sukan lasak kereta 4X4 yang mempunyai peminatnya yang tersendiri di seluruh pelusuk negeri Sabah diyakini boleh membantu merancakkan perkembangan sosio-ekonomi masyarakat setempat, di samping menjadi medium perpaduan masyarakat pelbagai kaum, tanpa mengira agama, pilihan politik dan sebagainya" katanya

Tambah Jamawi pemilihan Kemabong sebagai lokasi persinggahan kejohanan ini juga boleh mempromosikan daerah Kemabong yang berbukit bukau dan keindahan alam semula jadi sesuai kegiatan sukan ekstrem

" Setakat ini di daerah Kemabong kita ada track untuk sukan motosikal lasak ,dan pemilihan daerah ini sebagai lokasi persinggahan peserta mungkin boleh memberi  sumber inspirasi kepada penganjur untuk menjadikan daerah ini sebagai venu pertandingan pada masa akan datang" katanya











0 ulasan:

Catat Ulasan