![]() |
| Salleh Tun Said |
Permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak untuk menyertai PKR akan ditentukan dalam Mesyuarat Biro Politik PKR pada 18 Okt ini, demikian disahkan oleh setiausaha agungnya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata permohonan keanggotaan Salleh diterima dalam talian dan akan dibahas oleh biro tersebut sebelum keputusan muktamad dibuat mengenai status permohonan bekas bendahari Umno itu.
“Itu memang kaedah dalam permohonan menjadi anggota parti,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen pada Rabui– BERNAMA







Sebagai rakyat yg tinggal dlm negara yg menjunjung demokrasi,saya berasakan kemasukan bekas Bendahari Agong UMNO dan Menteri Komunikasi&Multimedia Msia itu ke PKR bukan sesuatu yg luar biasa,malahan ia seiring dgn amalan demokrasi di negara ini.
BalasPadamKekalahan Datuk Seri Salleh dlm pru14 lalu melalui kerusi Parlimen Kota Belud sebenarnya,bukan sbg kayu ukur bahawa Datuk Salleh Said tidak lg relevan dlm konteks politik Sabah.Tidak sama sekali.
Salleh Said masih punya ramai penyokong peribadi dan tegar di peringkat grass-root. Malahan beliau dilihat masih boleh command masyarakat BUMIS khususnya majoriti etnik Bajau di Sabah.Justeru bukan satu kerugian ataupun liabaliti kpd mana2 parti yg disertainya utk menerima beliau.