Khamis, 10 Oktober 2019

Sistem penyampaian perkhidmatan efisien kepada semua kaum

Jamawi dibantu oleh PPM Kemabong Burnley Balang melayani rakyat semasa program tersebut

KEMABONG: Kerajaan akan terus meningkatkan kecekapan dan integriti perkhidmatannya bagi membantu semua masyarakat, kata wakil rakyat kawasan Kemabong Jamawi Jaafar .

Beliau berkata kerajaan juga akan terus menunaikan komitmennya terhadap gagasan Sabah Baru bagi menjadikan negeri ini terue membangun dan makmur.


Add caption

Sehubungan dengan itu beliau yang juga Pengerusi Kelab  Penyokong Kerajaan berkata, penyampaian perkhidmatan awam harus sentiasa berada di tahap cemerlang.

" Kerajaan mengutamakan kemajuan serta kesejahteraan rakyat menjadi  ,oleh itu sistem penyampaian perkhidmatan yang efisien, efektif dan bermutu tinggi (berkualiti) dapat membantu rakyat berurusan dengan kerajaan dengan lebih mudah dan telus, di samping mengurangkan birokrasi,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri program Hari Bertemu Rakyat Peringkat DUN Kemabong di dataran Kemabong kemarin.

Jamawi berbual mesra dengan anggota Polis yang turut sama menyertai program tersebut

Mengulas lanjut tentang program tersebut Jamawi berkata, ia sebagai satu pendekatan kepada rakyat khususnya di kawasan luar bandar bertemu secara langsung bersama jabatan dan agensi kerajaan bagi mengemukakan masalah mereka  disamping memberikan ruang kepada rakyat mendapat maklumat mengenai dasar dan program yang disediakan oleh kerajaan.

“Inisiatif ini bagi memastikan rakyat boleh mengemukakan sebarang adaun dan perkhidmatan  dari  jabatan  dan agensi kerajaan yang terlibat, ini disebabkan tidak semua penduduk di kawasan luar mendapat eksis meskipun kita berada dizaman kemajuan teknologi maklumat" jelas Jamawi .

Dalam pada itu Jamawi menambah orang awam pula sentiasa mengharapkan agar agensi-agensi kerajaan memberi perkhidmatan terbaik bagi memudahkan segala urusan harian mereka.
















0 ulasan:

Catat Ulasan