![]() |
| Ladim Abdul Rahman |
KOTA BELUD : Beberapa pemimpin Parti dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kota Belud mengalu-alukan penyertaan bekas Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said menyertai parti tersebut.
Naib 1 Ketua Cabang PKR bahagian Kota Belud Ladim Abdul Rahman
berkata keputusan Salleh menyertai PKR , adalah suatu berita yang mengembirakan kepada parti.
"Ini satu berita gembira....sangat dialu-alukan tanpa seberang prajudis atau presepsi negetif kerana saya yakin beliau (Salleh) memilih PKR sebagai wadah perjuangannya dalam politik selari dengan pandangan yang beliau PKR sebagai sebuah parti yang progresif dan berbilang kaum terutamanya di Sabah" katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan di sini kemarin.
Menurut Ladim sebagai seorang tokoh politik yang berpengalaman,kehadiran Salleh bersama PKR sudah tentu mampu menyumbang serta memperkukuhkan kedudukan parti terutamanya untuk menghadapi PRU ke 15 akan datang.
" Tidak perlu timbul kegusaran tentang kemasukan beliau (Salleh) dalam PKR,kita yakin dengan pengalaman beliau yang boleh menyumbang sesuatu yang positif untuk memperkukuhkan parti khususnya di Sabah" katanya.
Malah Ladim yakin Salleh yang juga bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia masih berpengaruh dan mempunyai pengikut setia khususnya di kawasan Kota Belud yang boleh membantu memperkuatkan PKR di kawasan itu .
" Kita perlu melihat dari sudut positif kemasukan Beliau bersama PKR bukan dari sudut peribadi tapi dari sudut kemantapan parti" Jelas Ladim.
Menurut Ladim lagi dengan pengalaman Salleh yang cukup luas dalam dunia politik sudah tentu boleh menyumbang dan memainkan peranan membantu memperkasakan PKR di Sabah khususnya di Kota Belud
" Kita ketandusan pemimpin yang berpengalaman sebegini,walau pun ada pihak menidakkan kemasukan beliau tapi kita perlu berlapang dada dengan sikap keterbukaan
demi untuk kebaikan parti" jelas Ladim
Tambah Ladim dalam pilihan raya umum yang PKR gagal mendapatkan tempat bagi kawasan Kota Belud yang sepatutnya,pengalaman itu dijadikan iktibar untuk mengukuh dan memantapkan parti khususnya di cabang Kota Belud
" Sentuhan serta idea Salleh amat diperlukan untuk mendepani PRU yang akan datang khususnya di kawasan Kota Belud, saya berkeyakinan, beliau akan memahami teras perjuangan parti ini adalah untuk rakyat selain mereformasikan pentadbiran yang ada" katanya.







0 ulasan:
Catat Ulasan