![]() |
| Mohd Arifin mengetuai kayuhan berbasikal KROM dari dewan masyarakat kampung Pimping menunju Ke Pantai Pimping . |
MEMBAKUT : Ahli Dewan Undangan Negeri Membakut Datuk Haji Mohd Arifin Arif mengajak rakyat menjaga kesihatan dalam usaha menjadi masyarakat bermentaliti kelas pertama dan responsif terhadap persekitaran serta kesejahteraan hidup.
Katanya,bagi merangsang penglibatan masyarakat dalam kegiatan sukan dan riadah saban tahun pelbagai program dilaksanakan oleh kerajaan termasuklah pelaksanaan Program Bulan Sukan Negara.
Menurut Arifin semua ini dilakukan selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebuah negara bersukan.
" Penganjuran pelbagai program sukan ini juga bagi memastikan kesedaran kepentingan bersukan sampai ke peringkat akar umbi" katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bulan Sukan Negara peringkat daerah Membakut di pantai kampung Pimping dekat sini kemarin .
![]() |
| Mohd Arifin bersama peserta kayuhan berbasikal |
Terdahulu Arifin turut mengetuai kayuhan basikal bersama 100 ahli KROM Pencinta basikal Klasik Membakut dari perkarangan Dewan kampung Pimping menuju ke Pantai Pimping Membakut.
Menurut Arifin yang juga Pengerusi Penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bahagian Kimanis golongan yang sihat fizikal dan mental akan terkedepan berbanding golongan yang tidak aktif dan cergas.
" Melalui program seperti ini,dua perkara, kita hendak ubah budaya. Budaya sekarang ini, anak-anak muda duduk depan televisyen, duduk depan komputer, jari bergerak tetapi badan tidak bergerak
ak. Jadi ini kita hendak galakkan supaya mereka semua aktif setiap hari" katanya
![]() |
Arifin menambah aspek kebersihan diri dan persekitaran, pemakanan sihat termasuk tidak merokok dan meminum minuman keras serta menjauhi budaya yang melalaikan serta mendekatkan diri kepada agama hendaklah juga dijadikan amalan hidup.
Dalam pada itu Arifin juga menggesa rakyat agar lebih proaktif dalam memantau tahap kesihatan masing-masing dengan kekerapan melakukan pemeriksaan kesihatan .









0 ulasan:
Catat Ulasan